Ahli Parlimen KL kemuka RUU wujudkan Majlis dalam DBKL

Nik Nazmi (tengah) menunjukkan draf RUU untuk pindaan Akta 190 bersama Ahli Parlimen Kuala Lumpur dalam sidang akhbar di Dewan Rakyat pada Khamis.
Nik Nazmi (tengah) menunjukkan draf RUU untuk pindaan Akta 190 bersama Ahli Parlimen Kuala Lumpur dalam sidang akhbar di Dewan Rakyat pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli-Ahli Parlimen Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Kuala Lumpur mengemukakan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (Akta 190) untuk memperkukuh hak dan kesejahteraan penduduk ibu negara.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pindaan itu dibuat bagi melaksanakan syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dibentangkan pada Ogos lalu, merangkumi reformasi tadbir urus Kuala Lumpur daripada sistem kuasa tertumpu kepada Datuk Bandar kepada pelaksanaan struktur berasaskan ahli majlis.

“Perubahan utama RUU ini adalah seksyen baharu 5B yang kita cadangkan, akan ada seksyen tentang keanggotaan majlis.

“Kita akan mewujudkan majlis bagi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Keanggotaan terdiri daripada Datuk Bandar yang menjadi Pengerusi dan dua anggota yang hendak dicalonkan oleh setiap ahli Parlimen bagi mewakili kawasan mereka.

“Calon tersebut hendaklah dilantik oleh menteri yang bertanggungjawab ke atas Kuala Lumpur,” katanya dalam sidang akhbar di Dewan Rakyat pada Khamis.

AKAN MENYUSUL

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ahli-Ahli Parlimen Kelab Penyokong Kerajaan Kuala Lumpur mengemukakan RUU untuk meminda Akta Ibu Kota Persekutuan 1960
  • Pindaan dibuat untuk melaksanakan reformasi tadbir urus Kuala Lumpur
  • Perubahan utama RUU adalah penciptaan seksyen baharu 5B tentang keanggotaan majlis
  • Mewujudkan majlis untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan keanggotaan dari Datuk Bandar dan dua anggota yang dicalonkan oleh setiap ahli Parlimen
  • Calon anggota majlis hendaklah dilantik oleh menteri yang bertanggungjawab ke atas Kuala Lumpur

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!