Lima kes seludup rokok putih, ganja tumpas

Anis Rizana (kiri) bersama Direktur Penindakan dan Penyelidikan DJBC Indonesia, Rizal Effendi.
Anis Rizana (kiri) bersama Direktur Penindakan dan Penyelidikan DJBC Indonesia, Rizal Effendi.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Sebanyak lima kes penyeludupan membabitkan rampasan bernilai RM558,344 ditumpaskan hasil rondaan bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Direktorat Jenderal Bea dan Cukai (DJBC) Indonesia menerusi Operasi Patkor Kastima 29B/2025.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata, lima kes direkodkan membabitkan barangan seperti rokok putih dan ganja pada tahun ini.

"Ini menunjukkan perubahan pola rampasan berbanding 2024 yang lebih tertumpu kepada diesel, benih sawit dan rokok putih.

Kejayaan itu membuktikan keberkesanan operasi bersepadu yang menjadi benteng utama membanteras kegiatan penyeludupan di sempadan maritim dan darat.
Kejayaan itu membuktikan keberkesanan operasi bersepadu yang menjadi benteng utama membanteras kegiatan penyeludupan di sempadan maritim dan darat.

"Operasi ini dijalankan setiap tahun bagi memerangi aktiviti penyeludupan di sempadan laut dan darat kedua-dua negara," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Menurutnya, operasi itu turut disertai pelbagai agensi penguatkuasaan maritim dari Malaysia dan Indonesia.

"Pelaksanaan bersama ini mengukuhkan lagi kesiapsiagaan kedua-dua negara dalam menangani jenayah rentas sempadan.

Artikel Berkaitan:

Patkor Kastima merupakan operasi lama yang bermula sejak 1970-an sebelum diformalkan pada awal 1990-an di bawah kerjasama Tim Perancang Operasi Maritim (TPOM) Malaysia–Indonesia.
Patkor Kastima merupakan operasi lama yang bermula sejak 1970-an sebelum diformalkan pada awal 1990-an di bawah kerjasama Tim Perancang Operasi Maritim (TPOM) Malaysia–Indonesia.

"Kerjasama strategik seperti ini perlu diteruskan agar setiap aktiviti menyalahi undang-undang di perairan negara dapat ditangani secara berkesan,” ujarnya.

Beliau berkata, kejayaan itu membuktikan keberkesanan operasi bersepadu yang menjadi benteng utama membanteras kegiatan penyeludupan di sempadan maritim dan darat.

Patkor Kastima merupakan operasi lama yang bermula sejak 1970-an sebelum diformalkan pada awal 1990-an di bawah kerjasama Tim Perancang Operasi Maritim (TPOM) Malaysia–Indonesia.

Sesi penutup operasi berkenaan turut dihadiri Direktur Penindakan dan Penyelidikan DJBC Indonesia, Rizal Effendi; Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Siti Mang; Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Raizam Setapa @ Mustapha serta Pengarah Kastam Negeri Johor, Aminul Izmeer Mohd Sohaimi.

Ringkasan AI

  • Lima kes penyeludupan dengan rampasan bernilai RM558,344 ditumpaskan oleh JKDM dan DJBC Indonesia melalui Operasi Patkor Kastima 29B/2025
  • Kejayaan itu membuktikan keberkesanan operasi bersepadu dalam membanteras kegiatan penyeludupan
  • Patkor Kastima adalah operasi yang bermula sejak 1970-an untuk memerangi penyeludupan di sempadan Malaysia-Indonesia
  • Tahun ini rampasan melibatkan barangan seperti rokok putih dan ganja menunjukkan perubahan pola rampasan berbanding tahun sebelumnya
  • Operasi tersebut turut melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan maritim dari Malaysia dan Indonesia untuk mengukuhkan kesiapsiagaan menangani jenayah rentas sempadan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!