Harimau Malaya kini di tangga ke-116 dunia

Malaysia berada di kedudukan ke-131 pada April lalu sebelum menunjukkan peningkatan konsisten sehingga ke posisi semasa.
Malaysia berada di kedudukan ke-131 pada April lalu sebelum menunjukkan peningkatan konsisten sehingga ke posisi semasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kemelut luar padang yang melanda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menjejaskan momentum skuad Harimau Malaya apabila terus mencatat peningkatan dalam ranking dunia Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Dalam kemas kini terbaharu yang dikeluarkan lewat malam tadi, skuad bimbingan Peter Cklamovski itu melonjak dua anak tangga untuk menghuni kedudukan ke-116, berbanding tempat ke-118 pada bulan lepas.

Sebagai rekod, Malaysia berada di kedudukan ke-131 pada April lalu sebelum menunjukkan peningkatan konsisten sehingga ke posisi semasa.

Sementara itu, Thailand kekal sebagai pasukan terbaik Asia Tenggara di ranking ke-95, diikuti Vietnam (110), Indonesia (122), Filipina (136) dan Singapura (151).

Jepun terus menguasai kedudukan Asia di ranking ke-18 dunia, diikuti Iran (20) dan Korea Selatan (22).

Di peringkat global, Sepanyol mengekalkan status selaku pasukan nombor satu dunia, diikuti Argentina di tempat kedua dan Perancis ketiga. - Bernama 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kemelut luar padang yang melanda FAM tidak menjejaskan momentum skuad Harimau Malaya dalam ranking FIFA
  • Skuad Harimau Malaya melonjak dua anak tangga ke kedudukan ke-116 di ranking dunia FIFA
  • Malaysia berada di kedudukan ke-131 pada April lalu sebelum mencatat peningkatan konsisten
  • Thailand kekal sebagai pasukan terbaik Asia Tenggara di ranking FIFA dengan kedudukan ke-95
  • Sepanyol mengekalkan status sebagai pasukan nombor satu dunia dalam ranking FIFA

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!