Rob Friend bukan CEO Harimau Malaya?

STATUS Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) skuad Harimau Malaya, Rob Friend menjadi tanda tanya selepas mengaku hanya berperanan sebagai perunding ketika memberi keterangan berhubung kes pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan.
Menurut Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dalam alasan bertulis penuh, Friend menjelaskan dia berperanan sebagai perunding kepada FAM, berpusat di Kanada dan hanya melakukan perjalanan ke Malaysia pada hari perlawanan.
"Dia menyatakan tugasnya adalah membantu projek tersebut terutamanya dalam aspek penambahbaikan kejurulatihan dan staf teknikal.
"Dia menyatakan semua proses berkaitan naturalisasi pemain diuruskan sepenuhnya oleh FAM di Malaysia dan dirinya ditugaskan untuk membantu sejak ia dibuka pada 22 Ogos 2025.
"Selain itu, dia juga menyatakan tidak mengetahui sebarang salah laku dan tidak terlibat dalam mana-mana proses sebelum tarikh tersebut," kata FIFA.
Sebelum ini, FAM telah mengumumkan Friend dilantik sebagai CEO Harimau Malaya pada penghujung tahun lalu.
Ringkasan AI
- Ketua Pegawai Eksekutif skuad Harimau Malaya, Rob Friend, menjadi tanda tanya selepas mengaku berperanan sebagai perunding
- Friend menjelaskan dirinya berperanan sebagai perunding kepada FAM dan berpusat di Kanada
- Tugasnya adalah membantu projek dalam aspek penambahbaikan kejurulatihan dan staf teknikal
- Proses naturalisasi pemain diuruskan sepenuhnya oleh FAM di Malaysia
- Friend menyatakan tidak mengetahui sebarang salah laku dan tidak terlibat dalam proses sebelum 22 Ogos 2025
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
