Penjawat awam ditahan rakam wanita di pekan sehari, miliki video lucah

Seorang penjawat awam ditahan selepas dikesan merakam video seorang wanita secara 'curi' di Pekan Sehari Temerloh, di sini pada 9 November lalu sebelum video kejadian tular di media sosial. Gambar hiasan
Seorang penjawat awam ditahan selepas dikesan merakam video seorang wanita secara 'curi' di Pekan Sehari Temerloh, di sini pada 9 November lalu sebelum video kejadian tular di media sosial. Gambar hiasan
A
A
A

TEMERLOH - Seorang penjawat awam ditahan selepas dikesan merakam video seorang wanita secara 'curi' di Pekan Sehari Temerloh, di sini pada 9 November lalu sebelum video kejadian tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan polis pada hari sama apabila mangsa, seorang suri rumah berusia 33 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian.

Menurutnya, susulan laporan itu, polis bertindak menahan suspek kira-kira jam 10 pagi dan merampas sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk merakam mangsa semasa kejadian.

"Pemeriksaan lanjut mendapati telefon berkenaan turut mengandungi video dan gambar berunsur lucah," katanya.

Mohd Nasyim berkata, perbuatan suspek itu disedari mangsa sebelum dia bertindak menahan lelaki tersebut dengan bantuan pengunjung pasar sehari.

Katanya, polis bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan dan melakukan penahanan semula ke atas suspek dan merampas telefon bimbit miliknya.

"Suspek telah ditahan 24 jam sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

"Siasatan masih dijalankan bagi mendapatkan laporan analisa kandungan telefon yang digunakan," katanya.

Beliau berkata, kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 509A dan 292 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Polis dan siasatan masih dijalankan bagi mendapatkan laporan analisa kandungan telefon yang digunakan.

Ringkasan AI

  • Seorang penjawat awam ditahan kerana merakam video wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
  • Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan pada hari yang sama selepas mangsa, suri rumah berusia 33 tahun membuat laporan polis
  • Telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk merakam mangsa dirampas, mengandungi video dan gambar berunsur lucah
  • Mangsa menyedari perbuatan suspek sebelum menahannya dengan bantuan pengunjung pasar
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 509A dan 292 Kanun Keseksaan, siasatan dan analisa kandungan telefon masih berjalan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!