Harimau Kumbang diperbaiki secara berperingkat

Penang FC akan mengalami penambahbaikan berperingkat bagi memulihkan prestasi kelab Liga-M tersebut.
Penang FC akan mengalami penambahbaikan berperingkat bagi memulihkan prestasi kelab Liga-M tersebut.
A
A
A

KERAJAAN Pulau Pinang melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan bagi memastikan prestasi kelab Liga Malaysia (Liga-M), Penang FC yang kini berada pada tahap kurang memuaskan dapat dipulihkan secara berperingkat.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen berkata, antara yang dilaksanakan termasuk meningkatkan intensiti latihan, analisis taktikal secara lebih terperinci dan menambah baik struktur teknikal pasukan Harimau Kumbang itu.

“Langkah penstrukturan pemain juga sedang dilaksanakan secara profesional termasuk melepaskan pemain import dari Malawi, Limbikani Oscar Mzava sejak Julai lalu dengan posisinya digantikan pemain antarabangsa Filipina, OJ Porteria bagi memastikan pasukan kekal kompetitif.

“Pengurusan juga masih memberikan ruang dan tempoh yang sewajarnya kepada pemain import dari Korea Selatan Lim Inkyu untuk mencapai tahap kecergasan optimum seperti yang ditetapkan oleh pasukan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2026 (Belanjawan Negeri 2026) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Rabu.

Daniel berkata keputusan berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha penambahbaikan berterusan bagi memastikan prestasi keseluruhan pasukan berada pada tahap terbaik.

Mengakui kedudukan Harimau Kumbang yang masih mencabar dengan hanya mencatatkan satu kemenangan daripada lapan perlawanan saingan Liga Super musim ini, beliau berkata kerajaan negeri sentiasa komited untuk terus meningkatkan prestasi dan kedudukan pasukan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kerajaan Pulau Pinang melaksanakan langkah penambahbaikan untuk prestasi Penang FC
  • Meningkatkan intensiti latihan dan analisis taktikal
  • Menambah baik struktur teknikal pasukan
  • Melaksanakan penstrukturan pemain secara profesional termasuk melepaskan dan menggantikan pemain import
  • Komited meningkatkan prestasi dan kedudukan pasukan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!