Anwar bawa suara, kepentingan Malaysia dalam lawatan ke Afrika

Anwar (tengah) bersalaman dengan wakil media yang akan membuat liputan bagi siri lawatan rasmi dan kerja beliau ke Ethiopia, Afrika Selatan dan Kenya. - Foto: Bernama
Anwar (tengah) bersalaman dengan wakil media yang akan membuat liputan bagi siri lawatan rasmi dan kerja beliau ke Ethiopia, Afrika Selatan dan Kenya. - Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan terus mengangkat kepentingan dan suara negara di pentas antarabangsa, termasuk melalui lawatan beliau ke tiga negara di benua Afrika, dengan Ethiopia menjadi persinggahan pertama.

Menerusi hantaran di Facebook pada Selasa, Anwar memaklumkan Malaysia komited memperteguh multilateralisme, meluaskan peluang pelaburan dan ekonomi, serta memperkukuh seni diplomasi dan hubungan antarabangsa melalui lawatan berkenaan.

"Mohon doa teman-teman agar urusan saya dan delegasi Malaysia dipermudah, lantas membawa manfaat dan pulangan terbaik kepada negara,” katanya.

Anwar berkata, beliau dan delegasi Malaysia kini berada di Addis Ababa, Ethiopia untuk mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya, Dr Abiy Ahmed Ali.

Beliau berkata, lawatan itu turut merangkumi sesi pertemuan bersama peneraju industri, komuniti perniagaan, dan pemimpin-pemimpin Islam di negara berkenaan.

Anwar juga memaklumkan beliau akan meneruskan lawatan kerja ke Johannesburg, Afrika Selatan, bagi mewakili Malaysia ke Sidang Kemuncak Pemimpin G20, selain mengadakan pertemuan dengan Presiden Cyril Ramaphosa.

"Saya turut akan ke Nairobi, Republik Kenya, untuk sesi pertemuan bersama Presiden William Ruto bagi merapatkan hubungan kedua-dua negara, meneroka peluang dan kerjasama baharu, selain dijadualkan bertemu pemimpin-pemimpin Islam di sana,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia akan memperkukuh suara negara di pentas antarabangsa melalui lawatan ke tiga negara Afrika Malaysia berkomitmen untuk memperteguh multilateralisme dan memperluas peluang pelaburan serta ekonomi Anwar dan delegasi Malaysia berada di Addis Ababa, Ethiopia untuk pertemuan dua hala dengan Dr Abiy Ahmed Ali Lawatan termasuk sesi pertemuan dengan peneraju industri, komuniti perniagaan dan pemimpin-pemimpin Islam Anwar akan mewakili Malaysia di Sidang Kemuncak Pemimpin G20 di Johannesburg, Afrika Selatan dan bertemu Presiden Cyril Ramaphosa serta akan ke Nairobi, Kenya untuk pertemuan dengan Presiden William Ruto

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!