Isu tiga serangkai Sabah perlu tekad politik - Saifuddin

SANDAKAN - Tekad politik amat diperlukan bagi menyelesaikan kemelut ‘penyakit’ tiga serangkai Sabah melibatkan masalah air, jalan raya dan elektrik.
Pengarah Bersama Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara berkenaan aspek paling penting dalam menyelesaikan isu tiga serangkai Sabah.
"Kita kena sebut begini, kerajaan negeri sejujurnya mereka banyak rancangan termasuk mengurus masalah yang sama.
"Kita pun sedia maklum bagi mengatasi masalah itu memerlukan dana yang besar.
"Semua pihak perlu ada tekad politik untuk meletakkan keutamaan kepada mengatasi masalah yang disebut," katanya dalam sidang media sempena Majlis Sembang Santai Bersama Datuk Seri Saifuddin Nasution di Sandakan, pada Selasa.
Saifuddin berkata, tekad politik perlu didahulukan sebelum jalan penyelesaian dapat dirangka.
"Tekad politik disusuli dengan satu dasar yang jelas. Kemudian baru datang inisiatif, baru datang program.
"Barulah kita boleh selesaikan. Ianya harus diselesaikan secara berfasa dan berperingkat," katanya.
Menurutnya, hubungan baik antara kerajaan Persekutuan dan Sabah juga diperlukan bagi menangani isu tiga serangkai tersebut.
Terdahulu, Sinar Harian menyiarkan laporan mengenai isu tiga serangkai yang masih menghantui rakyat Sabah sehingga kini.
Ringkasan AI
- Tekad politik penting untuk selesaikan masalah air, jalan raya dan elektrik di Sabah
- Tekad politik perlu didahulukan sebelum mencari jalan penyelesaian
- Perlu ada dasar yang jelas dan inisiatif bagi menangani masalah tersebut
- Memerlukan hubungan baik antara kerajaan Persekutuan dan Sabah
- Masalah tersebut harus diselesaikan secara berfasa dan berperingkat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
