Pemegang tiket Piala Dunia 2026 diberi keutamaan janji temu visa AS

Trump dan Marco Rubio mendengar penerangan daripada Gianni Infantino (dua dari kanan) di Pejabat Oval, Rumah Putih di Washington. Foto AFP
Trump dan Marco Rubio mendengar penerangan daripada Gianni Infantino (dua dari kanan) di Pejabat Oval, Rumah Putih di Washington. Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Pemegang tiket Piala Dunia 2026 bakal menerima keutamaan ketika menjadualkan janji temu bagi permohonan visa ke Amerika Syarikat (AS), menurut pegawai pada Isnin, lapor agensi berita Jerman dpa.

Presiden AS, Donald Trump memperkenalkan skim digelar 'FIFA Pass' di Rumah Putih selepas mesyuarat pasukan petugas Piala Dunia.

"Jika anda memiliki tiket Piala Dunia, anda akan layak mendapat janji temu visa yang diberi keutamaan,” kata Presiden FIFA, Gianni Infantino ketika berdiri di sisi Trump di Rumah Putih.

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio turut menasihatkan peminat bola sepak untuk membuat permohonan awal.

"Nasihat kami, jika anda memiliki tiket ke mana-mana perlawanan, mohonlah visa secepat mungkin. Jangan tunggu hingga saat akhir,” katanya.

"Tiket anda bukan visa. Ia tidak menjamin kemasukan ke AS. Ia hanya memberi anda temu janji yang dipercepatkan,” jelas Rubio.

Beliau berkata bahawa proses saringan visa kekal sama.

"Satu-satunya perbezaan ialah kami mengutamakan permohonan mereka terlebih dahulu dalam senarai menunggu,” katanya. - Bernama-dpa

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Pemegang tiket Piala Dunia 2026 akan mendapat keutamaan untuk janji temu visa ke Amerika Syarikat
  • Donald Trump memperkenalkan skim 'FIFA Pass'
  • Gianni Infantino mengumumkan pemegang tiket berhak janji temu visa diberi keutamaan
  • Marco Rubio menasihatkan pemohon visa membuat permohonan awal
  • Tiket Piala Dunia bukan jaminan kemasukan ke AS tetapi mempercepatkan temu janji visa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!