KRW FC 'mengamuk', benam KDA FC 6-0

Emmanual Mbraga (kiri) semasa meraikan jaringan pada perlawanan KRW FC menentang KDA FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada malam Isnin. Foto KELATE.NET/SN MEDIAWORKS
Emmanual Mbraga (kiri) semasa meraikan jaringan pada perlawanan KRW FC menentang KDA FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada malam Isnin. Foto KELATE.NET/SN MEDIAWORKS
A
A
A

KELANTAN Red Warrior (KRW FC) 'mengamuk' apabila benam Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 6-0 pada aksi Liga A1 Semi Pro di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan pada malam Isnin.

Turun dengan misi meneruskan rentak kemenangan, KRW FC tidak menunggu lama apabila membuka tirai jaringan menerusi Muhammad Syafiq Izzudin seawal minit ke lima.

Tuan rumah terus berpesta selepas itu apabila Emmanual Mbraga meledakkan gol kedua KRW FC pada minit ke-10.

Fazli Ghazali terus menggamatkan Stadium Sultan Muhammad IV apabila meledakkan jaringan ketiga tuan rumah pada minit ke-36.

Mbraga menutup aksi babak pertama dengan gol keempat pada minit ke-41 sekali gus memastikan KRW FC membawa bekalan selesa ke bilik persalinan sebelum separuh masa kedua bersambung.

Penyokong KRW FC terus berpesta selepas itu apabila Zulasyraf meledakkan jaringan kelima KRW FC pada minit ke-48.

Pesta penyokong tuan rumah berterusan pada minit ke-77 apabila Muhammad Syafiq menutup malam gemilang KRW FC dengan gol keenam.

Keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan menyaksikan KRW FC menduduki tangga keenam dalam carta liga dengan mengumpul 19 mata selepas mengharungi 12 perlawanan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • KRW FC mengalahkan KDA FC 6-0 dalam Liga A1 Semi Pro di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu
  • Muhammad Syafiq Izzudin membuka gol seawal minit ke lima untuk KRW FC
  • Emmanual Mbraga dan Fazli Ghazali turut mencetak gol untuk KRW FC dalam separuh masa pertama
  • Zulasyraf dan Muhammad Syafiq menambah gol untuk KRW FC dalam separuh masa kedua
  • Kemenangan ini meletakkan KRW FC di tangga teratas carta liga dengan 19 mata dari 12 perlawanan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!