PRN Sabah: Anwar ketuai kempen PH

Anwar
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Anwar --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai pasukan Pakatan Harapan (PH) dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tengku Nashrul Tengku Abaidah berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menegaskan komitmennya dalam PRN berkenaan.

"Perdana Menteri baru sahaja pulang dari Sabah dan akan turun lagi sebaik sahaja tiba di Kuala Lumpur (dari lawatan rasmi ke Afrika), kami akan umumkan jadualnya," katanya menerusi taklimat khas bersama media di sini pada Isnin.

PRN Sabah menyaksikan seramai 596 calon dijangka bertanding di 73 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 29 November ini.

Mengikut statistik SPR, seramai 1,784,843 pengundi layak menunaikan tanggungjawab mereka dalam PRN Sabah pada kali ini, merangkumi 1,760,417 pengundi biasa, 11,697 anggota tentera bersama pasangan dan 12,729 anggota polis berserta pasangan.

Sementara itu, Tengku Nashrul memaklumkan rangka kerja rasmi Anwar ke Ethiopia, Afrika Selatan dan Kenya mulai Selasa hingga 24 November, merangkumi sidang kemuncak, pertemuan pemimpin, serta pengukuhan rangkaian ekonomi.

Lawatan bermula di Addis Ababa dengan kunjungan hormat kepada Presiden Ethiopia sebelum kedua-duanya menghadiri forum perniagaan peringkat tertinggi Malaysia–Ethiopia.

Pertemuan bersama Perdana Menteri negara itu pula dijangka membentuk kerjasama strategik melalui pertukaran beberapa memorandum persefahaman.

Agenda kemudian diteruskan di Johannesburg bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20 2025.

Artikel Berkaitan:

Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bakal mengangkat suara serantau di samping mengadakan pertemuan dua hala, sesi dialog bersama komuniti Islam, serta program bersama warga Malaysia di sana.

Fasa terakhir di Nairobi menyaksikan pertemuan empat mata antara Anwar dan Presiden Kenya, William Samoei Ruto, selain mesyuarat dua hala, pertukaran MOU, pembentangan ucapan pada Malaysia–Africa High Education Forum serta sesi bersama diaspora Malaysia.

Lawatan tiga negara ini disertai delegasi kerajaan dan pemain industri bagi merancakkan perdagangan serta pelaburan melalui pasaran baharu.

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai kempen Pakatan Harapan dalam PRN Sabah
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menegaskan komitmennya dalam PRN Sabah
  • Sebanyak 596 calon dijangka bertanding di 73 DUN pada 29 November
  • Seramai 1,784,843 pengundi layak menunaikan tanggungjawab dalam PRN Sabah
  • Anwar akan melakukan lawatan rasmi ke Afrika yang merangkumi Ethiopia, Afrika Selatan, dan Kenya untuk memperkuat hubungan ekonomi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!