PRN Sabah: DAP sedia kerjasama bentuk kerajaan

Jin Zhe
Jin Zhe
A
A
A

SANDAKAN – Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti bagi membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 Sabah.

Pengerusinya, Datuk Phoong Jin Zhe berkata, pendirian tersebut sudah lama menjadi prinsip tetap parti itu.

Menurutnya, DAP Sabah sentiasa terbuka untuk bekerjasama demi memastikan sebuah kerajaan dapat dibentuk.

"Tiada persoalan berhubung perkara itu. Kami bersedia masuk dalam kerajaan. Pembentukan kerajaan tetap memerlukan gabungan. Saya sentiasa cakap perkara ini.

"Keadaan ini sudah berlaku di Eropah dan saya harap rakyat Sabah dapat menerima perkara ini," katanya dalam sidang media di Sandakan pada Isnin.

Dalam pada itu, mengulas fokus DAP Sabah, Phoong berkata, mereka kekal memberi tumpuan kepada usaha memajukan ekonomi Sabah melalui pewujudan lebih banyak industri yang seterusnya dapat menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • DAP Sabah bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti untuk membentuk kerajaan dalam PRN Ke-17 Sabah
  • Pendirian bekerjasama merupakan prinsip tetap parti
  • Keperluan membentuk kerajaan melalui gabungan ditekankan
  • Rakyat Sabah diharap dapat menerima pendekatan pembentukan kerajaan melalui gabungan
  • Fokus DAP Sabah adalah memajukan ekonomi negeri melalui industri baru yang menawarkan peluang pekerjaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!