Exco perlu buat lawatan mengejut di sekolah – Speaker DUN Johor

Mohd Puad menggesa Exco kerajaan negeri Johor membuat lawatan mengejut ke sekolah.
Mohd Puad menggesa Exco kerajaan negeri Johor membuat lawatan mengejut ke sekolah.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI – Exco kerajaan negeri Johor digesa membuat lawatan mengejut ke sekolah tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada Pejabat Pendidikan Daerah atau Kementerian Pendidikan.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, langkah tersebut penting untuk melihat keadaan sebenar di sekolah termasuk aspek keselamatan dan disiplin.

Bekas Timbalan Menteri Pendidikan itu memberikan contoh ketika melawat sebuah sekolah di Terengganu yang disifatkan mempunyai prosedur keselamatan terhadap pelawat yang baik.

"Saya pernah melawat sebuah sekolah di Terengganu sebelum ini dan tidak dibenarkan masuk oleh pengawal keselamatan sehingga nama direkodkan terlebih dahulu.

“Itu satu contoh yang baik dalam memastikan keselamatan sekolah terjaga,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Exco Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin (BN-Tanjung Surat) menjawab soalan mengenai Karakter Murid Johor dan kesan kempen anti buli ketika sidang DUN Johor di Kota Iskandar pada Isnin.

Sementara itu Aznan berkata, kerajaan negeri melalui pelaksanaan Modul Karakter Murid Johor (KRMJ), kolaborasi rentas agensi bersama PDRM dan pihak berkuasa tempatan.

"Negeri Johor juga telah menubuhkan jawatankuasa khas Johor Safe Zone yang melibatkan beberapa beberapa potfolio Exco Johor dalam memastikan sekolah di negeri ini adalah tempat yang selamat.

"Langkah-langkah ini turut disokong oleh bimbingan berterusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah melalui sesi latihan, taklimat pelaksanaan serta pemantauan berkala," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Exco kerajaan negeri Johor digesa membuat lawatan mengejut ke sekolah
  • Langkah itu untuk melihat keadaan sebenar di sekolah termasuk aspek keselamatan dan disiplin
  • Contoh positif dari sekolah di Terengganu dengan prosedur keselamatan terhadap pelawat yang baik
  • Johor menubuhkan jawatankuasa khas Johor Safe Zone untuk memastikan sekolah di negeri ini selamat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!