Thailand lancar subsidi tenaga suria untuk sejuta isi rumah

Program itu dianggarkan dapat mengurangkan bil elektrik isi rumah kira-kira AS$725 juta setahun secara keseluruhan.
Program itu dianggarkan dapat mengurangkan bil elektrik isi rumah kira-kira AS$725 juta setahun secara keseluruhan.
A
A
A

BANGKOK - Thailand melancarkan program bernilai 50 bilion baht (kira-kira AS$1.48 bilion) pada Selasa bagi memberikan subsidi pemasangan sistem panel tenaga suria kepada sejuta isi rumah, membolehkan kediaman menjana tenaga elektrik sendiri dan menjual lebihan tenaga kepada grid nasional, lapor Xinhua.

Menerusi program 'Tenaga Suria Rakyat' yang diluluskan oleh Kabinet itu, kerajaan akan menyediakan bantuan sehingga 50,000 baht (kira-kira AS$1,480) bagi setiap isi rumah.

Program itu dianggarkan dapat mengurangkan bil elektrik isi rumah sebanyak lebih 24.5 bilion baht (kira-kira AS$725 juta) setahun secara keseluruhan.

Pada majlis pelancaran program itu, Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul berkata, skim berkenaan bukan sahaja merupakan langkah berkaitan tenaga malah turut menjadi inisiatif ekonomi dan sosial yang akan meningkatkan pendapatan, mengurangkan perbelanjaan, membina tabungan serta meningkatkan kualiti hidup secara nyata.

Pihak Berkuasa Elektrik Metropolitan dan Pihak Berkuasa Elektrik Wilayah milik kerajaan akan mengendalikan program itu sebagai pusat sehenti yang menguruskan pendaftaran dan penyambungan ke grid elektrik.

Pemasangan sistem panel tenaga suria pula akan dilaksanakan oleh kedua-dua pihak berkuasa berkenaan atau vendor berdaftar. - Bernama-Xinhua

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!