95 peratus orang awam tunjuk surat sebab keluar bekerja

Sekatan jalan raya yang dilakukan JSPT Kuala Lumpur sepanjang tempoh PKP di ibu negara.
Sekatan jalan raya yang dilakukan JSPT Kuala Lumpur sepanjang tempoh PKP di ibu negara.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hampir 95 peratus orang awam yang diperiksa semasa sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar ibu negara menunjukkan surat sebab dan bukti bekerja daripada majikan masing-masing.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, berdasarkan sekatan jalan raya diadakan di enam lokasi mendapati 95 peratus orang awam keluar menunjukkan bukti surat bekerja daripada majikan.

Menurutnya, lokasi sekatan jalan raya diadakan ialah di Jalan Kuching hala ke bandar, Jalan Genting Klang hala ke bandar, Jalan Ampang hala ke bandar, Jalan Loke Yew hala ke Cheras dan Lebuhraya Seremban hala Kuala Lumpur.

No Image Caption

"Setakat hari ini keadaan jalan raya di sebelah pagi sedikit sesak. Hampir 95 peratus yang keluar untuk bekerja dengan bukti surat daripada majikan.

"Selebihnya ada yang memberi alasan hendak membeli makanan, beli barang keperluan serta mahu mendapatkan rawatan di klinik dan hospital," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun lokasi sekatan jalan raya di tempat lain di sekitar ibu negara dilaksanakan oleh pegawai dan anggota Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) di bawah kontinjen Kuala Lumpur.

Katanya, orang awam dinasihatkan supaya mematuhi arahan Perdana Menteri dan kerajaan demi kebaikan bersama.

Artikel Berkaitan:

"Sayangi diri, keluarga, sahabat handai dan negara," katanya.