Kartel dadah didedahkan PM dalam radar PDRM

Hussein Omar Khan
Hussein Omar Khan
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama rapat dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bagi menumpaskan kartel dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kartel terbabit dalam radar pihaknya.

"JSJN mempunyai maklumat berkaitan kartel ini dan sudah berada dalam radar PDRM.

"Operasi juga sudah dijalankan dan ada yang dalam tindakan bagi membanteras penyeludupan dadah," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Tambah beliau, penyeludupan dadah menggunakan kontena ini merupakan kaedah lama namun masih digunakan sindiket sehingga kini.

Jelasnya, JSJN bekerjasama dengan agensi dalaman seperti JDKM, AKPS serta pihak berkuasa pelabuhan selain kerjasama antarabangsa dengan penguat kuasa negara lain.

“JSJN juga menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa Australia dari segi membekalkan hasil siasatan termasuk berkongsi laporan forensik malah pihak berkuasa Australia juga akan akan menuduh seorang suspek di sana,” ujarnya.

Pada Ahad, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sesi sarapan dan sembang santai bersama media Sabah di Kota Kinabalu mendedahkan wujudnya sebuah kartel besar menyeludup masuk dadah ke negara ini yang didengarinya sejak 20 tahun lalu dan tidak ada tindakan.

Anwar turut membangkitkan persoalan berkenaan kepada agensi yang bertanggungjawab, susulan ramai orang bercakap mengenai perkara itu.

Artikel Berkaitan:

Anwar menegaskan beliau tidak bertolak ansur mengenai perkara itu dan memaklumkan turut menemui ketua-ketua agensi setiap minggu dan bertemu dengan selama satu jam.

Beliau juga memaklumkan bahawa wujud sindiket dan ahli politik yang terbabit dalam kegiatan berkenaan.

 

 

Ringkasan AI

  • Polis Diraja Malaysia bekerjasama dengan Jabatan Kastam dan Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan untuk menumpaskan kartel dadah
  • Kartel dadah sudah berada dalam radar PDRM dan operasi membanteras telah dijalankan
  • Kaedah penyeludupan dadah guna kontena adalah lama tapi masih digunakan
  • JSJN bekerjasama dengan agensi dalam dan luar negara termasuk pihak berkuasa Australia
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendedahkan wujud kartel dadah besar di Malaysia dan tidak bertolak ansur dengan penyeludupan dadah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!