Isteri bunuh suami guna kapak bimbang skandal dengan adik ipar terbongkar

MUMBAI – Seorang wanita di Maharashtra dan adik iparnya ditahan polis selepas mereka mengaku membunuh suaminya kerana bimbang hubungan sulit mereka terbongkar.
Mangsa, Parameshwar Ram Tayde dari kampung Somthana ditemui mati dalam guni yang dibuang ke kolam Wala-Somthana pada Khamis pagi, selepas orang awam melihat guni terapung di kolam tersebut.
Laporan polis dibuat oleh bapa mangsa, Ram Natha, sebelum polis menahan isteri mangsa, Manisha dan adik lelaki mangsa, Gyaneshwar.

Kedua-duanya pada awalnya cuba mengelak menjawab tetapi akhirnya mengaku membunuh Tayde selepas disoal siasat secara agresif oleh polis.
Menurut polis, Manisha dan Gyaneshwar menjalin hubungan sulit dan Tayde dianggap sebagai penghalang.
"Mereka merancang pembunuhan, kemudian memukul kepala dan muka Tayde dengan kapak sehingga maut.
"Selepas itu, mayat mangsa dimasukkan ke dalam guni, diikat dan dibuang ke kolam, dengan batu ditambah untuk mengelakkan mayat timbul," ujar polis.
Kes kini dalam siasatan lanjut, dan kedua-dua suspek direman untuk tindakan undang-undang selanjutnya. -Agensi
Ringkasan AI
- Seorang wanita di Maharashtra dan adik iparnya ditahan kerana membunuh suaminya
- Mangsa, Parameshwar Ram Tayde, ditemui mati dalam guni di kolam
- Kedua-dua suspek mengaku membunuh mangsa selepas disoal siasat oleh polis
- Manisha dan Gyaneshwar memiliki hubungan sulit dan melihat Tayde sebagai penghalang
- Mayat Tayde dipukul dengan kapak, dimasukkan dalam guni dan dibuang ke kolam dengan batu untuk mengelak timbul
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

