Dua anak bekas MP Sepanggar bertembung rebut kerusi DUN Inanam

Shone dan Edna Jessica.
Shone dan Edna Jessica.
A
A
A

KOTA KINABALU - Calon bebas yang menggelarkan dirinya sebagai sebahagian daripada kumpulan ‘gelombang hitam’ melihat pertembungan dengan kakaknya, calon Parti Warisan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam sebagai satu perjuangan hak meskipun mereka berada di platform politik berbeza.

Shone Majimbun, 45, berkata, hubungan kekeluargaan tidak pernah terhakis, namun perjuangan masing-masing sehingga membawa kepada pertandingan kali ini adalah berkaitan hak yang ingin diperjuangkan.

“Tidak banyak mengenainya (pertembungan). Kami berjuang demi hak tetapi keluarga tetap keluarga,” katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon di Dewan Maksak Likas di sini pada Sabtu.

Mengulas keputusan bertanding pada PRN17, Shone yang juga anak kepada bekas Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Majimbun, berkata keinginannya timbul selepas menyedari banyak isu politik diperkatakan tetapi kurang diluahkan secara tuntas.

Shone bersalam dengan Edna Jessica ketika bertemu di pusat penamaan calon di Dewan Maksak Likas, Kota Kinabalu pada Sabtu.
Shone bersalam dengan Edna Jessica ketika bertemu di pusat penamaan calon di Dewan Maksak Likas, Kota Kinabalu pada Sabtu.

"Kita selalu bercakap tentang politik selama bertahun-tahun. Kawan-kawan terbuka bercakap tentang politik. Tapi kita tidak boleh buat apa-apa tentangnya.

"Jadi, saya menceburkan diri dalam politik untuk mengetengahkan apa yang kita telah katakan selama ini,” katanya.

Shone turut menyatakan harapannya untuk membawa tiga perubahan dalam PRN kali ini.

Artikel Berkaitan:

"Kejujuran, ketelusan dan keikhlasan dalam politik," katanya.

Sementara itu, kakaknya, Edna Jessica turut melihat tiada isu mengenai pertembungan tersebut kerana politik adalah medan demokrasi.

"Bagi saya, politik ialah sebuah proses demokrasi. Setiap orang mempunyai ideologi politik masing-masing. Jadi, bagi saya, ia bukan satu masalah.

"Di rumah, sebenarnya kami tidak pernah berbincang soal politik walaupun dalam kalangan keluarga. Ibu bapa saya juga kekal neutral dalam hal ini,” katanya.

DUN Inanam menyaksikan pertembungan 11 penjuru melibatkan pelbagai parti termasuk dua daripadanya adalah dari calon bebas.

 

 

Ringkasan AI

  • Dua anak bekas MP 'rebut' DUN Inanam
  • Calon bebas dan kakaknya dari Parti Warisan bertanding di DUN Inanam atas platform politik berbeza
  • Pertandingan ini dilihat sebagai perjuangan hak meskipun hubungan kekeluargaan tidak terhakis
  • Shone Majimbun bertanding sebagai calon bebas untuk mengetengahkan isu politik yang sering dibincangkan
  • Mengharapkan membawa perubahan kejujuran, ketelusan, dan keikhlasan dalam politik
  • Pertandingan di DUN Inanam melibatkan 11 penjuru termasuk dua calon bebas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!