Gempa bumi sederhana landa Pulau Talaud, Indonesia

Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada Skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada Sabtu. Gambar hiasan
Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada Skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada Sabtu. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada Skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada 1.33 tengah hari Sabtu, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Kenyataan MetMalaysia memaklumkan gempa itu berpusat pada koordinat 4.0 darjah utara dan 126.9 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer, iaitu kira-kira 33 kilometer di timur Kepulauan Talaud.

"Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada Skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia
  • Berlaku pada 1.33 tengah hari Sabtu
  • Berpusat pada koordinat 4.0 darjah utara dan 126.9 darjah timur
  • Kedalaman gempa adalah 10 kilometer
  • Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!