Ewon Benedick pertahankan kerusi, UPKO tanding 25 kerusi

UPKO mengesahkan bertanding 25 kerusi pada PRN17.
UPKO mengesahkan bertanding 25 kerusi pada PRN17.
A
A
A

KOTA BELUD - Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mengesahkan pihaknya bertanding 25 kerusi pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, UPKO memaklumkan Presidennya, Datuk Ewon Benedick kekal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian.

Bekas Presiden UPKO, Datuk Seri Welfred Madius Tangau pula akan bertanding merebut kerusi di DUN 14 Tamparuli.

Manakala calon lain iaitu Junsim Rumunzing di N02 Bengkoka; Suzie Salapan (N06 Bandau); Jamil M  Zakariah @ Majingkin (N07 Tandek); Joisin Romut (N15 Kiulu) dan Wong Thien Fook di N18 Inanam.

Seterusnya, kerusi N22 Tanjung Aru ditandingi oleh Dennison Indang diikuti Lee Nyuk Soon @ Jason Lee (N23 Petagas); Rosday Wasli (N24 Tanjung Keramat); Billy Joe Dominic (N25 Kepayan); Donald Peter Mojuntin (N26 Moyog) dan Nelson W Angang bertanding di N27 Limbahau. 

Calon bagi kerusi N31 Membakut ialah Rowindy Lawrence Odong manakala Rigers Tiam@Aloysius di N36 Kundasang; Georgina L George (N37 Karanaan); Kennedy Jie John @ Kenn (N40 Bingkor); Wilson Gan  Poi Tze (N41 Liawan); Junik Bajit (N42 Melalap) dan N44 Tulid ditandingi Mohd Khairil Abdullah. 

Selain itu, UPKO meletakkan Junilin @ Jubilin Kilan di kerusi N46 Nabawan manakala Felix Joseph Saang berentap di N47 Telupid diikuti kerusi N49 Labuk ditandingi Norfadzlina Ramsah, Peter Jr Naintin (N50 Gum-Gum) dan Mohina Sidom @ Mohina Ronnie Sidom di N57 Kuamut.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • UPKO mengesahkan pihaknya bertanding 25 kerusi menjelang PRN17
  • Datuk Ewon Benedick kekal bertanding untuk mempertahankan kerusi DUN Kadamaian
  • Datuk Seri Welfred Madius Tangau di DUN Tamparuli
  • Calon UPKO meliputi pelbagai kawasan termasuk Bengkoka, Bandau, Tandek, Kiulu dan Inanam
  • UPKO juga meletakkan calon di kerusi lain seperti Membakut, Kundasang, Karanaan, Bingkor, liawan, Melalap, Tulid, Nabawan, Telupid, Labuk, Gum-Gum dan Kuamut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!