20 pasukan berentap rebut gelaran Dragon King di Genting Highlands

Spencer (dua dari kanan) bersama Kevin Chang (dua dari kiri) dan Chia Lee Yun (kanan) ketika melancarkan gimik pelancaran RWG National Luminous Dragon King Championship 2025 yang akan berlangsung 14 Disember di Arena of Stars. FOTO SINAR HARIAN-MOHD HALIM ABDUL WAHID
Spencer (dua dari kanan) bersama Kevin Chang (dua dari kiri) dan Chia Lee Yun (kanan) ketika melancarkan gimik pelancaran RWG National Luminous Dragon King Championship 2025 yang akan berlangsung 14 Disember di Arena of Stars. FOTO SINAR HARIAN-MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

KUALA LUMPUR – Sebanyak 20 pasukan tarian naga terbaik dari seluruh negara bakal berentap dalam Resorts World Genting (RWG) National Luminous Dragon King Championship pada 14 Disember ini bagi merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM9,000.

Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam RWG, Spencer Lee berkata, pertandingan yang dijadualkan berlangsung di Arena of Stars itu memperkenalkan dimensi baharu dalam seni persembahan tarian naga tradisional.

“Setiap pasukan akan menampilkan koreografi bertenaga, ketangkasan fizikal dan elemen rekaan tersendiri bagi menghidupkan naratif persembahan dengan lebih moden dan imaginatif.

“Edisi sulung kejohanan itu memperkenalkan segmen rekaan kreatif yang memberi ruang kepada pasukan untuk menghasilkan elemen artistik masing-masing,” katanya pada sidang media di Wisma Genting pada Jumaat.

Turut hadir Pengerusi Catholic High School Alumni Association Dragon & Lion Dance Troupe, Kevin Chang dan Ketua Hiburan dan Acara RWG, Chia Lee Yun.

Spencer (tengah) sedang mengendalikan cabutan nombor giliran pasukan bertanding bersama Kevin dan Chia Lee Yun pada sidang media Jumaat. FOTO SINAR HARIAN-MOHD HALIM ABDUL WAHID
Spencer (tengah) sedang mengendalikan cabutan nombor giliran pasukan bertanding bersama Kevin dan Chia Lee Yun pada sidang media Jumaat. FOTO SINAR HARIAN-MOHD HALIM ABDUL WAHID

Beliau berkata, inisiatif itu diinspirasikan daripada pendekatan Catholic High School Alumni Association Dragon & Lion Dance Troupe yang memainkan peranan besar dalam memperkasa evolusi seni tarian naga secara lebih kontemporari.

“Acara ini bukan sekadar satu pertandingan, tetapi pentas di mana semangat dan imaginasi memberi nafas baharu kepada salah satu simbol budaya paling ikonik di Asia, iaitu naga,” ujarnya,

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, kejohanan Dragon King ini bukan sahaja mempersembahkan bakat tempatan, malah menjadi platform penting dalam memelihara seni warisan sambil mendorong inovasi agar tarian naga kekal relevan kepada generasi muda.

Kejohanan akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 7 malam, sebelum diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah.

Bagi kategori hadiah, juara akan membawa pulang RM5,000, manakala naib juara menerima RM3,000 dan tempat ketiga memperoleh RM1,000, selain trofi dan medal sebagai penghargaan kepada pemenang.

Orang ramai yang ingin menyaksikan kejohanan ini secara langsung, tiket dijual pada harga RM139 bagi kategori PS1 (tempat duduk ditetapkan) dan RM99 bagi kategori PS2 (tempat duduk bebas), tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman rasmi rwgenting.com.

Senarai pasukan yang bertanding

Ao Feng Gong Skudai, Johor

Kang Yuan Muar, Johor

Xuan Long Ampang, Selangor

Hua Yi, Pulau Pinang

Kew Ong Yeah, Pulau Pinang

Hong Teck Brickfields, Kuala Lumpur

Kwong Ngai, Putrajaya

Friendship WP

Qun Sheng Sabah

Xuan Long Shi, Johor

Teochew Eight Districts, Johor

Wat Phra Buddha Jinaraja, Melaka

Pei De Kajang, Selangor

Chea Mien Hong Teck Ipoh, Perak

Hai Yang Kedah & Perlis

Malacca Gao Feng, Melaka

Tan’s Association, Selangor

Chin Woo Ipoh, Perak

Khuan Loke, Selangor

Yahya Awal, Johor

Ringkasan AI

  • Sebanyak 20 pasukan tarian naga terbaik dari seluruh negara bakal berentap dalam Resorts World Genting National Luminous Dragon King Championship
  • Kejohanan ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM9,000
  • Pertandingan memperkenalkan dimensi baharu dalam seni persembahan tarian naga tradisional dengan segmen rekaan kreatif
  • Inisiatif ini terinspirasi daripada pendekatan Catholic High School Alumni Association Dragon & Lion Dance Troupe untuk memperkasa evolusi seni tarian naga
  • Acara ini bertujuan mempersembahkan bakat tempatan dan menjadi platform dalam memelihara seni warisan sambil mendorong inovasi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!