PRN Sabah: 3,334 borang penamaan calon dijual setakat semalam

Sebanyak 3,334 borang penamaan calon bagi PRN Sabah ke-17 telah dijual setakat ini - Gambar hiasan
Sebanyak 3,334 borang penamaan calon bagi PRN Sabah ke-17 telah dijual setakat ini - Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Sebanyak 3,334 borang penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 telah dijual hingga semalam.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada jumlah itu, 2,414 set borang dijual melalui Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) Sabah, manakala 920 set lagi dijual melalui Pejabat Pegawai Pengurus (RO).

Hari penamaan calon bagi PRN ke-17 Sabah yang mempunyai 73 kerusi Dewan Udangan Negeri (DUN) akan diadakan esok, manakala tarikh pengundian awal pada 25 Nov dan hari pengundian pada 29 November.

Mengikut statistik SPR, sebanyak 1,784,843 pengundi layak menjalankan tanggungjawab mereka pada PRN kali ini.

Mereka terdiri daripada 1,760,417 pengundi biasa, 11,697 anggota tentera berserta pasangan dan 12,729 anggota polis berserta pasangan.

Setakat jam 8 malam tadi, PKR telah mengumumkan 10 calon dan DAP (tujuh) yang kesemuanya bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH).

Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada UMNO, MCA, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan seorang calon langsung pula bertanding di 45 DUN.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) juga telah mengumumkan akan bertanding di 55 DUN terdiri daripada calon-calon dari Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Cinta Sabah (PCS), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat).

Parti Warisan (Warisan), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), Parti Impian Sabah masing-masing mengumumkan bertanding di semua 73 DUN, Perikatan Nasional (41 DUN) manakala Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) masing-masing 40 DUN.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Parti Kerjasama Anak Negeri (26 calon), Parti Maju Sabah (SAPP)(enam DUN) dan 17 lagi calon Bebas yang bergerak atas nama 'Gelombang Hitam' (Black Wave) akan bertanding pada PRN ke-17. - Bernama

Ringkasan AI

  • Sebanyak 3,334 borang penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 telah dijual
  • Penjualan borang dibahagikan kepada 2,414 set di Pejabat Pilihan Raya Negeri dan 920 set melalui Pejabat Pegawai Pengurus
  • Hari penamaan calon diadakan esok dengan pengundian awal pada 25 November dan pengundian sebenar 29 November
  • Seramai 1,784,843 pengundi layak untuk mengundi termasuk pengundi biasa, anggota tentera berserta pasangan dan anggota polis berserta pasangan
  • Pelbagai parti politik mengumumkan calon mereka termasuk PKR, DAP, Barisan Nasional, Gabungan Rakyat Sabah, dan Parti Warisan yang bertanding di berbagai jumlah kerusi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!