Peruntukan RM736,000 bantu kaji daya tahan gempa bumi di Segamat

Sejak 24 Ogos lalu, sebanyak tujuh gempa bumi lemah direkodkan di Johor dengan gegaran pertama di Segamat.
Sejak 24 Ogos lalu, sebanyak tujuh gempa bumi lemah direkodkan di Johor dengan gegaran pertama di Segamat.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Johor memperuntukkan RM736,000 untuk peralatan pengkelasan peta mikrozonasi seismik yang berfungsi mengenal pasti impak gegaran akibat gempa bumi.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, peralatan itu penting bagi membolehkan kajian dan data diperoleh secara lebih tepat serta menyeluruh kesan daripada bencana alam tersebut.

Menurutnya, alat tersebut akan digunakan di Segamat bermula awal tahun depan dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

“Peralatan peta mikrozonasi seismik bergerak ini mampu mengkaji daya tahan gegaran terhadap sebahagian tanah dan bangunan susulan kejadian gempa bumi di Segamat.

“Usaha ini penting untuk memastikan kemungkinan gegaran pada masa hadapan dapat dikenal pasti melalui kajian serta data yang lebih mendalam,” katanya.

Tian Soon
Tian Soon

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas pembentangan Belanjawan Johor 2026 di Bangunan Sultan Ismail di sini pada Khamis.

Katanya, inisiatif itu antara langkah permulaan dilakukan kerajaan negeri dalam memperkukuh tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana itu.

Artikel Berkaitan:

Langkah tersebut katanya, susulan beberapa kali gempa bumi berlaku khususnya di Segamat.

Terdahulu, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika membentangkan Belanjawan 2026 mengumumkan peruntukan untuk peralatan berkenaan di bawah teras kelima yang membabitkan usaha mengurangkan risiko bencana.

Sejak 24 Ogos, sebanyak tujuh gempa bumi lemah direkodkan di Johor dengan gegaran pertama di Segamat pada magnitud 4.1, disusuli gegaran bermagnitud 2.8 skala Richter pada pagi hari sama, selain 27 Ogos (3.2), 28 Ogos (2.5), 29 Ogos (3.4), 30 Ogos (2.7) dan 3 Nov (2.7).

Sebanyak 15 bangunan kerajaan dikenal pasti mengalami kerosakan kecil susulan bencana itu dari 24 hingga 30 Ogos, dengan anggaran kos baik pulih berjumlah RM550,000.

Laporan berkenaan hasil pemeriksaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Segamat setakat 3 September lalu ke atas bangunan melibatkan Hospital Segamat, Klinik Kesihatan Bandar Putra, Kolej Komuniti Segamat, Pejabat Kadi Daerah, sekolah dan kuarters kerajaan.

Ringkasan AI

  • Kerajaan Johor memperuntukkan RM736,000 untuk peralatan pengkelasan peta mikrozonasi seismik
  • Peralatan itu penting untuk kajian lebih tepat mengenai impak gempa bumi
  • Alat tersebut akan digunakan di Segamat dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia
  • Inisiatif berkenaan dilakukan susulan beberapa kali gempa bumi berlaku di Segamat
  • Tujuh gempa bumi lemah direkodkan di Johor sejak 24 Ogos lalu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!