Malaysia kekal berdaulat, tidak tunduk kuasa asing - PM

Anwar Ibrahim (tengah) bergambar bersama pelajar pada Majlis Perasmian Konvensyen Pengajian Islam Institut Pengajian Tinggi Antarabangsa 2025 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM pada Khamis. - Foto Bernama
Anwar Ibrahim (tengah) bergambar bersama pelajar pada Majlis Perasmian Konvensyen Pengajian Islam Institut Pengajian Tinggi Antarabangsa 2025 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM pada Khamis. - Foto Bernama
A
A
A

BANGI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia tidak pernah tunduk dengan mana-mana kuasa asing dalam menentukan soal dasar luar dan hubungan dagang, sebaliknya negara ini kekal berdaulat serta bebas.

Anwar berkata, dakwaan yang menyatakan negara ini tunduk kepada Amerika Syarikat (AS) susulan Perjanjian Perdagangan Tindak Balas (ART) adalah tidak berasas.

"Ini kerana tiada mana-mana peruntukan dalam perjanjian dagang dengan AS yang menghalang Malaysia daripada bertindak menurut kepentingan keselamatan negara.

"Kita terikat dengan undang-undang dan peraturan negara kita. Kita ada hak untuk menilai semula, memberi notis untuk membatalkan (perjanjian). (Kita) diserang bertubi-tubi. Kalau benar kita tunduk pada Amerika, mengapa kita tandatangan (perjanjian) dengan China?,” katanya.

Anwar menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Konvensyen Pengajian Islam Institut Pengajian Tinggi Antarabangsa 2025 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM pada Khamis. - Foto Bernama
Anwar menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Konvensyen Pengajian Islam Institut Pengajian Tinggi Antarabangsa 2025 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM pada Khamis. - Foto Bernama

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Konvensyen Pengajian Islam Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Antarabangsa 2025 di sini pada Khamis.

Anwar berkata, beliau tetap menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Afrika Selatan minggu hadapan, meskipun AS memilih untuk memboikot sidang tersebut.

"Saya hadir kerana jemputan Presiden Afrika Selatan (Matamela Cyril Ramaphosa). Saya tidak tunduk pada dasar luar Amerika. Kita ada dasar kita sendiri. Malaysia ini negara bebas, bermaruah dan merdeka,” tegas beliau.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama, Anwar menegaskan, Malaysia tidak pernah menyokong pelan 20-point plan for Gaza, sebaliknya konsisten mengangkat penyelesaian komprehensif bagi Gaza dan Palestin.

"Itu beza besar. Penyelesaian komprehensif bermaksud mengiktiraf hak Gaza dan Palestin sebagai negara merdeka dan berdaulat serta menolak kekejaman Israel di Tebing Barat," katanya. - Bernama

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menyatakan Malaysia tidak pernah tunduk dengan mana-mana kuasa asing dalam menentukan dasar luar dan hubungan dagang
  • Dakwaan negara tunduk kepada Amerika Syarikat sebagai tidak berasas kerana perjanjian dagang tidak menghalang Malaysia bertindak demi keselamatan negara
  • Anwar menegaskan, Malaysia berdaulat dengan hak menilai semula atau membatalkan perjanjian dagang termasuk dengan AS dan China
  • Perdana Menteri akan menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Afrika Selatan walaupun Amerika memboikot sidang tersebut
  • Anwar menegaskan Malaysia tidak menyokong pelan 20-point untuk Gaza tetapi mengangkat penyelesaian komprehensif mengiktiraf hak Gaza dan Palestin sebagai negara merdeka serta berdaulat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!