M K LAND terima dua anugerah berprestij, rai kecemerlangan dalam pembangunan hartanah

Wakil pengurusan M K Land pada Anugerah The BrandLaureate, di mana M K Land menerima anugerah Brand of the Year (Township Development Excellence) bagi projek utama di Damansara Perdana.
Wakil pengurusan M K Land pada Anugerah The BrandLaureate, di mana M K Land menerima anugerah Brand of the Year (Township Development Excellence) bagi projek utama di Damansara Perdana.
A
A
A

M K Land Holdings Berhad (M K Land) menerima dua pengiktirafan berprestij sebagai tanda penghargaan komitmen berterusan terhadap kecemerlangan dan inovasi dalam industri pembangunan hartanah.

Syarikat pemaju hartanah itu menerima Anugerah The Edge Malaysia Top Property Developers Award 2025 – Kedudukan 30 Terbaik Secara Keseluruhan dan 20 Terbaik bagi Atribut Kuantitatif serta Anugerah The BrandLaureate – Brand of the Year (Township Development Excellence) bagi projek utama di Bandar Damansara Perdana.

Mengulas kejayaan tersenarai dalam kedudukan 30 terbaik untuk Anugerah The Edge Malaysia Top Property Developers Award 2025, Pengarah Eksekutif M K Land, Lau Shu Chuan berkata, pihaknya amat berbesar hati untuk kembali berada dalam senarai ini.

Dari kanan, Pengarah Eksekutif M K Land, Lau Shu Chuan dan Ketua Pegawai Operasi, Ahmad Soalahuddin hadir di Anugerah The Edge Malaysia Top Property Developers Award 2025 di mana M K Land tersenarai dalam kedudukan 30 terbaik secara keseluruhan dan 20 terbaik bagi Atribut Kuantitatif.
Dari kanan, Pengarah Eksekutif M K Land, Lau Shu Chuan dan Ketua Pegawai Operasi, Ahmad Soalahuddin hadir di Anugerah The Edge Malaysia Top Property Developers Award 2025 di mana M K Land tersenarai dalam kedudukan 30 terbaik secara keseluruhan dan 20 terbaik bagi Atribut Kuantitatif.

“Pengiktirafan ini membuktikan usaha keras dan ketekunan yang telah kami curahkan sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini menerusi pelbagai projek pembangunan di seluruh Malaysia daripada projek kediaman premium di Damansara Perdana sehinggalah ke projek pembangunan di Damansara Damai, Taman Bunga Raya dan Ipoh.

“Portfolio kami turut merangkumi kediaman mampu milik, sederhana dan pembangunan komersial yang mencerminkan komitmen kami menawarkan pelbagai pilihan keperluan kehidupan yang menyeluruh dan mampan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Selain itu, M K Land turut mencapai kedudukan 20 Terbaik bagi Atribut Kuantitatif, satu komponen penting yang menyumbang kepada kedudukan 30 Terbaik Secara Keseluruhan.

Komponen ini menekankan prestasi kewangan syarikat yang kukuh, skala operasi dan pembangunan yang besar serta reputasi syarikat yang utuh dalam industri sekaligus menjadi bukti daya tahan, daya saing dan keupayaan M K Land dalam membangunkan projek hartanah yang berkualiti.

Artikel Berkaitan:

“Lebih penting, ia juga mencerminkan nilai dan kecemerlangan yang terus ditawarkan oleh syarikat kepada pembeli, pasaran dan pihak berkepentingan, satu lagi kekuatan M K Land yang sekali lagi diiktiraf oleh industri,” katanya.

Tambah Shu Chuan, pengiktirafan ini bukan sekadar kedudukan dalam senarai tetapi ia juga lambang komitmen syarikat terhadap kecemerlangan, kemampanan dan pembangunan komuniti yang bermakna.

“Penghargaan daripada industri ini akan terus menjadi dorongan dan motivasi untuk kami terus melangkah maju ke hadapan dengan membangunkan projek-projek yang menggabungkan kualiti, inovasi dan nilai jangka panjang untuk pelanggan, pihak berkepentingan dan juga pasaran,” katanya.

Sementara itu, menyentuh tentang Anugerah The BrandLaureate, Ketua Pegawai Operasi M K Land, Ahmad Soalahuddin Al-Thani Ahmad Termizi berkata, pengiktirafan berprestij ini mencerminkan komitmen berterusan terhadap kecemerlangan dalam pembangunan bandar serta semangat dedikasi dalam membina komuniti yang bermakna dan mampan.

“Ini merupakan momen yang membanggakan dan pada masa sama mengiktiraf usaha kolektif seluruh warga M K Land.

“Kami amat berterima kasih kepada warga kerja kami atas kerja keras dan dedikasi mereka serta kepada pihak berkepentingan atas sokongan berterusan. Bersama - sama, kita akan terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih bermakna,” katanya.

Sejak mula dibangunkan pada tahun 1995, Damansara Perdana telah menjadi mercu tanda penting dalam perjalanan M K Land.

Bermula dengan sebuah bangunan komersial lima tingkat, ia terus berkembang pesat dengan projek kediaman seperti Flora Damansara, sebuah projek pembangunan kediaman 20 tingkat dengan 1,440 unit kediaman mampu milik.

M K Land kemudian memperkenalkan pelbagai lagi projek kediaman berskala sederhana hingga mewah seperti The Tropics, Armanee Terrace dan beberapa projek kondominium lain yang membentuk komuniti yang dinamik di Damansara Perdana.

Projek utama dan terkini M K Land di Damansara Perdana, Rafflesia @ Hill, merupakan koleksi kediaman separa berkembar mewah yang menonjolkan kraf seni bina premium dan perancangan bandar yang teliti.

M K Land terus komited terhadap pembangunan mampan dan membina hubungan kukuh dengan komuniti setempat.

Pada masa sama, syarikat ini secara aktif berinteraksi dengan pihak berkepentingan melalui platform digital, berkongsi perkembangan projek dan insiatif berteraskan kelestarian sekali gus memperkukuh jenama M K Land sambil mempromosikan ketelusan serta kerjasama di antara M K Land dan semua pihak berkepentingan.

Projek pembangunan seperti Senja by Ombak Villa Langkawi mempamerkan amalan pembinaan hijau manakala Residensi Suasana @ Damai dan pelbagai projek kediaman dan komersial lain di Damansara Perdana, Taman Bunga Raya dan Ipoh turut menggambarkan dedikasi M K Land dalam mewujudkan komuniti inklusif dan harmoni, di mana komuniti setempat boleh tinggal, bekerja dan berkembang maju bersama-sama.

“Pengiktirafan ini bukan sahaja mencerminkan pencapaian kami sebelum ini tetapi juga menjadi motivasi untuk kami terus membina masa depan yang lebih baik.

“Kami kekal komited untuk memberikan pembangunan berkualiti tinggi dan lestari yang memperkayakan kehidupan komuniti kami secara keseluruhan dan kami berazam untuk terus mencapai lebih banyak lagi kejayaan pada masa hadapan,” katanya.

Ringkasan AI

  • M K Land Holdings Berhad menerima dua pengiktirafan berprestij dalam industri pembangunan hartanah
  • Anugerah termasuk Kedudukan 30 Terbaik Secara Keseluruhan dan Brand of the Year (Township Development Excellence)
  • Pengiktirafan membuktikan komitmen kepada kecemerlangan dan inovasi
  • M K Land komited kepada pembangunan mampan dan membina komuniti yang bermakna
  • Membangunkan projek yang menyeluruh dari kediaman premium hingga mampu milik serta pembangunan komersial

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!