Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

KADAR antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Rabu susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM30.50 bilion daripada RM29.05 bilion pagi Rabu manakala mudah tunai dalam dana Islam naik kepada RM20.80 bilion daripada RM20.38 bilion, sebelum ini.
Terdahulu, bank pusat itu menawarkan dua tender repo berbalik.
Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM30.50 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM20.80 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 11 November 2025. - Bernama
Ringkasan AI
- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM untuk menyerap lebihan mudah tunai
- Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM30.50 bilion
- Mudah tunai dalam dana Islam naik kepada RM20.80 bilion
- BNM menawarkan dua tender repo berbalik
- Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 11 November 2025
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
