Berhimpun depan Istana Kelantan, 13 individu direman

Seramai 13 individu yang dipercayai menyertai perhimpunan di hadapan Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Bharu pada Selasa direman empat hari.
Seramai 13 individu yang dipercayai menyertai perhimpunan di hadapan Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Bharu pada Selasa direman empat hari.
A
A
A

KOTA BHARU - Seramai 13 individu termasuk seorang wanita dan tiga Orang Asli yang dipercayai menyertai perhimpunan di hadapan Istana Negeri, Kubang Kerian di sini pada Selasa direman empat hari.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Imran Rais Hamid terhadap semua suspek berusia antara 26 hingga 67 tahun, bermula Rabu hingga Sabtu, bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

Menurut sumber, kumpulan itu dipercayai berkumpul di kawasan hadapan Istana Negeri Kubang Kerian kira-kira jam 11.40 pagi, Selasa lalu.

"Pemeriksaan terhadap beberapa suspek menjumpai senjata tajam seperti keris, lembing, kelewang, pedang dan benet.

“Selain itu, kayu, tongkat buluh, teko tembaga, cawan tembaga, rantai manik, duit syiling pelbagai mata wang, akar kayu dan songket berwarna kuning turut dirampas,” katanya.

Sumber itu berkata, motif perhimpunan kesemua suspek di hadapan istana itu masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seramai 13 individu termasuk seorang wanita dan tiga Orang Asli direman empat hari kerana menyertai perhimpunan tidak sah
  • Majistret Imran Rais Hamid mengeluarkan perintah reman untuk siasatan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan
  • Kumpulan itu berkumpul di hadapan Istana Negeri Kubang Kerian pada jam 11.40 pagi, Selasa
  • Semasa pemeriksaan, ditemui senjata tajam dan barang rampasan lain termasuk kayu, tongkat buluh, dan songket berwarna kuning
  • Motif perhimpunan masih dalam siasatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!