Dua penganggur miliki 10 rekod jenayah ditahan lagi kes pecah rumah

Rakaman CCTV menunjukkan salah seorang suspek memecah masuk rumah mangsa.
Rakaman CCTV menunjukkan salah seorang suspek memecah masuk rumah mangsa.
A
A
A

JEMPOL - [DIKEMAS KINI] Dua penganggur yang mempunyai 10 rekod jenayah dan narkotik ditahan sekali lagi selepas terbabit dalam kes pecah rumah di Taman ACBE Bahau di sini pada Ahad.

Terdahulu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan suspek berusia 30 tahun memasuki rumah mangsa telah tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Norhisham Mustapar

berkata, pengadu menyedari kejadian itu selepas tiba di rumah sekitar jam 1.30 tengah hari apabila mendapati pintu rumah dalam keadaan terbuka serta cermin pintu gelangsar telah pecah.

Antara barang yang dirampas daripada suspek.
Antara barang yang dirampas daripada suspek.

“Mangsa membuat laporan polis pada jam 3 petang dan suspek berjaya ditahan kira-kira jam 5 petang hari yang sama.

“Kerugian dianggarkan berjumlah lebih kurang RM3,500,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Motosikal suspek turut dirampas.
Motosikal suspek turut dirampas.

Beliau berkata, tangkapan dilakukan bersama rampasan beberapa barangan termasuk wang kertas pelbagai negara, dua utas jam tangan, dua telefon bimbit, sebuah kamera serta sebuah motosikal.

Tambahnya, suspek kini direman selama lima hari sehingga 13 November bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana kesalahan pecah rumah.

Ringkasan AI

  • Dua penganggur dengan 10 rekod jenayah ditahan kerana pecah rumah di Taman ACBE Bahau
  • Rakaman CCTV menunjukkan salah seorang suspek memasuki rumah mangsa dan telah tular di media sosial
  • Mangsa mendapati pintu rumah terbuka dan cermin pintu gelangsar pecah setelah pulang pada jam 1.30 tengah hari
  • Suspek ditahan kira-kira jam 5 petang hari yang sama dengan kerugian dianggarkan RM3,500
  • Barangan rampasan termasuk wang kertas pelbagai negara, jam tangan, telefon bimbit, kamera dan motosikal

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!