Tan Sri Lim Hock San dinobat Tokoh Usahawan Hartanah Cemerlang 2025

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San, telah dianugerahkan Anugerah Usahawan Hartanah Cemerlang 2025 atas kepimpinan, visi dan sumbangan cemerlang beliau terhadap industri hartanah Malaysia

A
A
A

SHAH ALAM – Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS Bina Group Berhad (LBS), Tan Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Usahawan Hartanah Cemerlang 2025 pada majlis The Edge Property Excellence Awards (TEPEA) 2025 yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur, di sini.

Anugerah berprestij itu mengiktiraf tokoh berwawasan yang berjaya mencorakkan landskap industri hartanah negara menerusi kepimpinan, inovasi dan semangat keusahawanan luar biasa, sekali gus memacu pertumbuhan mampan dan nilai jangka panjang.

Di bawah kepimpinan strategik Hock San, LBS berkembang daripada sebuah syarikat pembinaan sederhana kepada antara pemaju hartanah terkemuka di Malaysia dengan portfolio merangkumi pembangunan perumahan, komersial serta perbandaran di seluruh negara.

Melalui pelaksanaan Strategi 8 x 8, LBS memberi tumpuan kepada lapan tonggak utama iaitu Perumahan, Perindustrian & Komersial, Pengoptimuman Bank Tanah, Peningkatan Kecemerlangan, Pemerkasaan Pekerja, Pengalaman Pelanggan, Kemajuan Kelestarian dan Kesejahteraan Komuniti yang secara kolektif memperkukuh misi syarikat untuk mencipta nilai jangka panjang dan memberi impak positif kepada semua pihak berkepentingan.

“Sejak meneruskan legasi perniagaan mendiang ayahanda saya, Datuk Seri Lim Bock Seng, saya berpegang pada prinsip bahawa kejayaan sebenar berpunca daripada nilai-nilai kukuh serta kemampuan menyesuaikan diri dengan perubahan zaman.

Lim Hock San (tengah) meraikan detik penuh penghormatan ini bersama tulang belakang kejayaan beliau, Puan Seri Karen Wang, diiringi oleh Datuk Cynthia Lim (empat dari kiri) dan Datuk Seri Barry Lim (empat dari kanan); Shany Lim (dua dari kanan), Isaac Lim (tiga dari kanan) dan Lucas Lim (tiga dari kiri); serta wakil daripada pasukan pengurusan LBS.

“LBS kini berkembang daripada syarikat sederhana kepada pemaju berwawasan yang berpandukan Strategi 8 x 8, bagi membangunkan komuniti yang mendorong kesejahteraan dan kemajuan. Penganugerahan ini mencerminkan usaha gigih seluruh keluarga besar LBS dalam memperkukuh pertumbuhan mampan serta menyumbang kepada kemajuan industri hartanah di Malaysia,” katanya.

TEPEA 2025 merupakan platform pengiktirafan kepada individu dan organisasi yang menunjukkan kecemerlangan serta sumbangan bermakna kepada industri hartanah tempatan.

Artikel Berkaitan:

Anugerah Tokoh Usahawan Hartanah Cemerlang khususnya menyanjung kepimpinan berwawasan serta keupayaan strategik usahawan yang berjaya membawa kejayaan korporat dan mengangkat martabat sektor pembangunan hartanah negara ke tahap lebih tinggi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!