Lelaki cedera parah ditoreh rakan sekerja

Siti Nor Salawati (gambar kecil) berkata, siasatan awal mendapati insiden tercetus akibat perselisihan faham antara mangsa dan suspek yang dipercayai rakan sekerja di sebuah kedai membaiki kasut. - Gambar hiasan
Siti Nor Salawati (gambar kecil) berkata, siasatan awal mendapati insiden tercetus akibat perselisihan faham antara mangsa dan suspek yang dipercayai rakan sekerja di sebuah kedai membaiki kasut. - Gambar hiasan
A
A
A

ALOR SETAR – Seorang lelaki cedera parah di kepala dan betis dipercayai ditoreh menggunakan objek tajam dalam satu pergaduhan berhampiran pondok rehat di kawasan Menara Alor Setar, di sini kira-kira jam 5 petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, siasatan awal mendapati insiden tercetus akibat perselisihan faham antara mangsa dan suspek yang dipercayai rakan sekerja di sebuah kedai membaiki kasut.

“Suspek dikatakan berang kerana mendakwa mangsa mengambil wang hasil perniagaan tanpa pengetahuannya.

“Pertengkaran kemudian bertukar menjadi pergaduhan sebelum suspek menoreh mangsa menggunakan objek tajam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Tindakan pantas polis membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun di sebuah rumah di sini.

Polis turut merampas sebatang kayu penyapu dan sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan tersebut.

“Hasil pemeriksaan air kencing mendapati suspek positif morfin. Semakan rekod turut menunjukkan suspek mempunyai 13 rekod lampau melibatkan jenayah dan narkotik,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah menggunakan senjata, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan:

Suspek direman lima hari bermula 10 hingga 14 November bagi membantu siasatan.

Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Daerah Kota Setar, Inspektor Mohammad Syazwan Mohammad Rodhi di talian 04-7747 222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Polis turut menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan serta mengganggu ketenteraman awam.

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki cedera parah di kepala dan betis akibat ditoreh dengan objek tajam dalam pergaduhan
  • Pergaduhan disebabkan perselisihan faham antara mangsa dan suspek yang merupakan rakan sekerja di kedai membaiki kasut
  • Suspek menuduh mangsa mengambil wang hasil perniagaan tanpa pengetahuannya
  • Polis menahan lelaki berusia 51 tahun dan merampas kayu penyapu serta pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian
  • Suspek positif morfin dan mempunyai 13 rekod lampau melibatkan jenayah dan narkotik

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!