Remaja tikam rakan sekerja selepas diperdaya minum air kencing

Suspek berusia 16 tahun ditahan selepas menikam rakan sekerjanya. Foto Matichon
Suspek berusia 16 tahun ditahan selepas menikam rakan sekerjanya. Foto Matichon
A
A
A

BANGKOK – Seorang remaja lelaki Thailand menikam rakan sekerjanya warga Laos di sebuah pusat cuci kereta di Bang Na, Khamis lalu selepas dipercayai diperdaya meminum air kencing.

Dalam kejadian sekitar jam 8.40 pagi di Soi Bang Na-Trat 20, polis tiba di lokasi dan mendapati suspek berusia 16 tahun sudah ditahan pekerja serta saksi di tempat kejadian.

Mangsa berusia 25 tahun yang cedera di bahagian kiri badan berhampiran rusuk dibawa ke Hospital Bang Na 1 sebelum polis tiba.

Portal Thaiger melaporkan, remaja terbabit mendakwa berbuat sedemikian kerana mangsa sering membulinya.

Remaja itu memberitahu, pada hari kejadian, lelaki itu mencampurkan air kencing ke dalam air minuman sebelum memperdaya untuk meminumnya.

Berang selepas menyedari perkara sebenar, dia kemudian menikam mangsa.

Laporan Matichon memaklumkan luka tikaman itu tidak dalam serta tidak mengenai organ penting.

Mangsa juga masih sedar dan mampu berkomunikasi ketika dirawat.

Suspek kini ditahan di balai polis untuk siasatan lanjut, namun pihak berkuasa belum mendedahkan hukuman yang bakal dikenakan.

Artikel Berkaitan:

Memandangkan suspek masih di bawah umur, sebarang tindakan atau hukuman akan ditentukan mengikut pertimbangan pihak berkuasa berkaitan.

Ringkasan AI

  • Seorang remaja lelaki Thailand menikam rakan sekerjanya warga Laos di sebuah pusat cuci kereta selepas dipercayai diperdaya meminum air kencing
  • Polis mendapati suspek berusia 16 tahun sudah ditahan pekerja serta saksi di tempat kejadian
  • Mangsa berusia 25 tahun cedera di bahagian kiri badan berhampiran rusuk dan dibawa ke Hospital Bang Na 1
  • Remaja itu mendakwa mangsa sering membulinya dan mencampurkan air kencing ke dalam air minumannya
  • Suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan hukuman akan ditentukan mengikut pertimbangan pihak berkuasa kerana ia masih di bawah umur

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!