PRN Sabah: Lima hingga enam lagi kerusi 'istimewa' akan diumum, sebahagian strategi BN - Bung Moktar

Bung Moktar (kanan) ketika ditemui pemberita selepas mengumumkan calon di bangunan UMNO di Kota Kinabalu pada Ahad.
Bung Moktar (kanan) ketika ditemui pemberita selepas mengumumkan calon di bangunan UMNO di Kota Kinabalu pada Ahad.
A
A
A

KOTA KINABALU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin akan mengumumkan sekitar lima hingga enam lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menjadikan jumlah keseluruhan yang akan ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) sekitar 47 hingga 48 kerusi.

Beliau yang juga Ketua UMNO Sabah berkata, kesemua kerusi yang akan diumumkan dalam masa terdekat dan terdiri daripada kerusi dari beberapa kawasan DUN.

"Bakinya itu ada beberapa tempat, saya akan umumkan beberapa hari. Sekitar lima hingga enam kerusi. Ada strategi lain, kerusi istimewa... sampai masa nanti saya beritahu (kenapa istimewa)," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pengumumam calon di bangunan UMNO, di sini pada Ahad.

Ditanya jika beliau berpuas hati berjaya mendapat keseluruhan kerusi yang diminta sejak awal, Bung Moktar yakin ia adalah terbaik untuk BN.

"Milik PH selebihnya memandangkan kita dua parti sahaja," katanya.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pengerusi Barisan Nasional Sabah akan umumkan 5-6 kerusi DUN lagi
  • Jumlah keseluruhan kerusi DUN yang akan ditandingi oleh BN adalah 47-48
  • Pengumuman kerusi DUN akan dibuat dalam masa terdekat
  • Bung Moktar yakin pilihan kerusi adalah terbaik untuk BN
  • Kerusi yang belum diumumkan disebut sebagai strategi lain dan istimewa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!