Covid-19 bakal ubah kehidupan

Pelaksanaan strategi ketat yang dilakukan China membuktikan ia berhasil, dengan laporan baru-baru ini bahawa tiada kes baru mengenai Covid-19 di China. Gambar hiasan.
Pelaksanaan strategi ketat yang dilakukan China membuktikan ia berhasil, dengan laporan baru-baru ini bahawa tiada kes baru mengenai Covid-19 di China. Gambar hiasan.
A
A
A

JIKA kredibiliti Trump tidak begitu rendah, pengumuman oleh FDA mengenai kelulusan hydroxy-chloroquine untuk merawat koronavirus (Covid-19) mungkin memberi sedikit harapan dan kelegaan dalam menghadapi penyebaran wabak yang membawa maut pada hari ini.

Bagaimanapun, pengumuman itu juga menyatakan rawatan, vaksinasi dan penyembuhan boleh menjadi kenyataan.

Kita akan tempuhi seksaan yang luar biasa ini, walaupun kita tidak dapat menjangkakan kesan yang akan ditinggalkan dan bila ia akan berakhir.

Covid-19 bukannya wabak pertama yang dijangkiti manusia dan ia juga bukan yang terakhir. Kita masih lagi berada di situasi yang sukar.

Semasa rencana ini ditulis, angkatan tentera negara digerakkan di seluruh negara dan menguat kuasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan ketat.

Walaupun pelbagai kesulitan dihadapi ketika menjalankan PKP termasuk kejatuhan ekonomi tempatan, jelas langkah terbaik untuk menyekat virus itu daripada terus menular adalah dengan membuat penutupan secara menyeluruh, diikuti dengan pemantauan berterusan.

Bertentangan dengan tidak melakukan apa-apa atau melakukan tindakan dengan sambil lewa, hampir setiap negara yang terjejas dengan jangkitan itu memilih untuk membuat penutupan secara menyeluruh dengan harapan virus ini akan berhenti tersebar, diikuti (mengharapkan) dengan penurunan yang mendadak.

Pelaksanaan strategi ketat yang dilakukan China membuktikan ia berhasil, dengan laporan baru-baru ini bahawa tiada kes baru mengenai Covid-19 di China.

Artikel Berkaitan:

Jika ia benar-benar berkesan, sudah tentu kita mempunyai alasan yang kuat untuk melakukan pendekatan yang sama.

Malangnya, kesan pandemik terhadap ekonomi tidak mempunyai ramalan yang begitu jelas. Hanya beberapa kumpulan sahaja yang boleh bertahan, selebihnya golongan yang berada paling bawah di tangga ekonomi - seperti biasa - paling buruk terjejas.

Ramai dalam kalangan industri perkhidmatan dan runcit kehilangan pekerjaan mereka. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menilai semula simpanan mereka.

Bahkan, mereka yang mempunyai perniagaan yang besar (big businesses) akan menghampiri ketidakmampuan (insolvency) - walaupun mereka ini mempunyai kedudukan terhadap sebarang subsidi dan pemberian awam.

Revolusi teknologi

Namun, semua itu tidak mendatangkan masalah bagi mereka yang sudah jutawan. Yayasan amal daripada keluarga terkaya di dunia memberi sumbangan 20 peratus (blok terbesar) daripada jumlah derma kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan Bill Gates sebagai penderma tunggal terbesar.

Tahukah anda bahawa tiga pemegang utama yayasan amal miliknya adalah Berkshire Hathaway Warren Buffet, gergasi makanan segera Coca Cola dan McDonalds (juga merupakan pemegang utama Warren Buffet)?

Syarikat pemprosesan makanan yang lain dan gergasi farmaseutikal global juga terdapat dalam senarai di atas, jadi sama ada Bill Gates dan Warren Buffett cuba mempromosi kesihatan global atau menentangnya, mungkin kedua-duanya.

Apa yang ingin disampaikan adalah ketika golongan di bawah cuba dipertahankan, jutawan itu juga pada masa yang sama cuba berada di kedudukan terbaik untuk mendapat manfaat daripada perubahan ekonomi disebabkan oleh Covid-19.

Ditambah pula dengan kedatangan transformasi digital yang dibawa oleh teknologi Revolusi Perindustrian ke-empat (4IR) seperti AI, IoT, FinTech, Robotik dan yang lainnya, maka akan mula kelihatan dengan jelas bahawa pekerjaan dan gaji pada masa sekarang tidak lagi relevan.

Apabila penutupan yang dilakukan itu dibuka semula, kita mungkin kehilangan arah. Dan dengan belas kasihan daripada tuhan, kita memohon pelindungan.

Satu tindakan serta-merta perlu dilakukan. Sinar harapan pasti ada daripada pandemik itu, namun kita harus memastikan ia membawa kepada masa depan yang lebih cerah.

Apabila krisis Covid-19 ini berakhir, mungkin satu peratus daripada virus itu akan tinggal bersama kita, tetapi ia telah menjejaskan 100 peratus ekonomi kita.

Salah satu kesan daripada pandemik itu kemungkinan teknologi akan menguasai tamadun dunia. 4IR akan tetap datang namun Covid-19 akan menyebabkan kedatangan teknologi ini semakin cepat untuk menjadi realiti.

Langkah penting perlu diambil dalam merancang kedudukan 4IR dengan penglibatan masyarakat dan bukan menggantikannya.

Ironinya, negara kecil yang sedang membangun seperti Malaysia mempunyai fleksibiliti mengatasi kuasa-kuasa besar di dunia, di mana mereka ini banyak menumpukan terhadap obsesi mereka dalam memelihara sistem warisan yang kini menguasai pasaran global.

Sama ada kita memperkasa teknologi baharu itu, termasuk sistem operasi yang digunakan oleh kerajaan, akibat daripada pandemik tersebut atau terus ketinggalan zaman.

Pilihan di tangan kita, gunakannya sebaik mungkin.

* Dr Rais Hussin ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dan Pengerusi Biro Strategi dan Dasar parti