Pusat hiburan tanpa lesen diserbu, dua individu ditahan

IPOH - Dua lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan berasingan ke atas pusat hiburan di sekitar bandar ini, awal pagi Sabtu.
Serbuan bermula jam 12.40 malam oleh sepasukan anggota Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh menerusiOp Noda itu dilakukan selepas risikan mendapati premis hiburan terbabit beroperasi tanpa kebenaran sah.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, operasi pertama menyasarkan sebuah premis hiburan di Pusat Perdagangan Jelapang melibatkan tangkapan seorang lelaki berusia 61 tahun yang bertindak sebagai penjaga kaunter.
"Hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut tidak mempunyai lesen sah untuk menjalankan aktiviti hiburan.
"Polis turut merampas satu helai resit bank, sebuah buku latihan, satu helai kertas tertera jenis dan harga minuman keras serta satu mikrofon jenama Ps sebagai bahan bukti," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Beliau berkata, kira-kira 30 minit kemudian, pasukan sama menyerbu sebuah lagi premis hiburan di Jalan Kuala Kangsar, Taman Hock Aun, di sini.
"Dalam serbuan berasingan itu, seorang lelaki berusia 43 tahun yang turut mengaku sebagai penjaga kaunter telah ditahan," jelasnya.
Tambah beliau, polis turut merampas satu helai resit pesanan minuman keras dan satu helai cash bill bayaran minuman keras dari premis berkenaan.
"Kesemua tangkapan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut. Kedua-dua kes disiasat mengikut peruntukan undang-undang berkaitan pengendalian pusat hiburan tanpa lesen," katanya.
Ringkasan AI
- Dua lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan berasingan ke atas pusat hiburan di Ipoh
- Serbuan dijalankan selepas risikan mendapati premis hiburan beroperasi tanpa kebenaran
- Pemeriksaan mendapati premis hiburan tidak mempunyai lesen sah
- Bahan bukti termasuk resit bank, buku latihan, dan mikrofon dirampas
- Kes disiasat mengikut peruntukan undang-undang pengendalian pusat hiburan tanpa lesen
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

