Pelajar OKU dicabul rakan sekolah

Mangsa yang berumur 16 tahun itu dipercayai dicabul dalam tandas sekolah terbabit. Foto hiasan
Mangsa yang berumur 16 tahun itu dipercayai dicabul dalam tandas sekolah terbabit. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar perempuan orang kurang upaya (OKU) sebuah sekolah menengah di sini menempuh detik hitam dicabul rakannya dalam kejadian pada Selasa lalu.

Mangsa yang berumur 16 tahun itu dipercayai dicabul dalam tandas sekolah terbabit.

Kejadian itu bagaimanapun diketahui ibu mangsa sebelum satu laporan dibuat di Balai Polis Cheras.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian.

"Satu laporan polis dibuat berkaitan kejadian dan siasatan sedang dijalankan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang pelajar perempuan OKU sekolah menengah di Kuala Lumpur dicabul rakannya
  • Mangsa berumur 16 tahun dicabul dalam tandas sekolah
  • Ibu mangsa mengetahui kejadian tersebut sebelum membuat laporan polis
  • Laporan dibuat di Balai Polis Cheras
  • Ketua Polis Kuala Lumpur sedang menjalankan siasatan lanjut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!