Rizab antarabangsa BNM pada AS$123.8 bilion setakat 31 Oktober

Bank Negara Malaysia.
Bank Negara Malaysia.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada AS$123.8 bilion setakat 31 Oktober 2025 berbanding AS$123.4 bilion yang dicatatkan semasa 15 Oktober 2025.

Bank pusat melalui satu kenyataan hari ini berkata, kedudukan rizab itu cukup untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar jangka pendek.

Komponen utama rizab merangkumi mata wang asing (AS$109.3 bilion), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$6.0 bilion), emas (AS$4.8 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.4 bilion).

Jumlah aset adalah sebanyak RM612.53 bilion, yang terdiri daripada pertukaran emas dan mata wang asing serta rizab lain termasuk SDR (RM521.56 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.42 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.27 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM28.07 bilion), tanah dan bangunan (RM4.57 bilion) serta aset lain (RM43.63 bilion).

BNM berkata, jumlah modal dan liabiliti adalah sebanyak RM612.53 bilion, yang terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM205.50 bilion), mata wang dalam edaran (RM174.08 bilion), deposit institusi kewangan (RM122.25 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM5.46 bilion), deposit lain (RM65.65 bilion), kertas Bank Negara (RM8.38 bilion), peruntukan SDR (RM27.88 bilion) serta liabiliti lain (RM3.23 bilion). - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia berada pada AS$123.8 bilion setakat 31 Oktober 2025
  • Rizab cukup untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan
  • Komponen utama rizab merangkumi mata wang asing, rizab Tabung Kewangan Antarabangsa, hak pengeluaran khas, emas dan aset rizab lain
  • Jumlah aset adalah sebanyak RM612.53 bilion, termasuk pertukaran emas dan mata wang asing
  • Jumlah modal dan liabiliti juga sebanyak RM612.53 bilion, termasuk modal berbayar dan deposit institusi kewangan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!