Hujan lebat, ribut petir di Kuala Lumpur dan enam negeri

MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga 3 petang. Gambar hiasan
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga 3 petang. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga 3 petang.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada jam 1 tengah hari tadi, MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu dijangka menjejaskan Bentong di Pahang, selain beberapa kawasan di Selangor (Klang, Gombak dan Petaling) serta Kuala Lumpur.

Keadaan sama diramal melanda Negeri Sembilan (Jelebu) dan Johor (Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Di Sabah, kawasan pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Kota Kinabalu dan Tuaran) serta Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan) turut dijangka mengalami keadaan cuaca serupa.

Sementara itu di Sarawak, kawasan terjejas ialah Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Bintulu) serta Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi). - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 3 petang
  • Cuaca buruk dijangka menjejaskan kawasan di Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur
  • Negeri Sembilan dan Johor turut terjejas dengan keadaan cuaca serupa
  • Di Sabah, keadaan cuaca buruk dijangka melanda kawasan pedalaman, Pantai Barat serta Sandakan
  • Sarawak mengalami cuaca serupa terutamanya di Mukah, Bintulu dan Miri

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!