Ledakan letupan gegar sekolah menengah di Jakarta

JAKARTA – Suasana di Sekolah Menengah Atas Negeri 72 Jakarta, Kelapa Gading, bertukar panik apabila satu letupan dipercayai berpunca daripada bahan peledak berlaku di kawasan masjid sekolah itu, tengah hari Jumaat.
Insiden berlaku sekitar jam 12.15 tengah hari waktu tempatan, ketika pelajar dan kakitangan berada di pekarangan sekolah.
Menurut laporan awal, beberapa pelajar dilaporkan mengalami kecederaan ringan hingga sederhana dan telah dihantar ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.
Pasukan pemusnah bom (Jihandak) bersama anggota Polis Sektor Kelapa Gading bergegas ke lokasi bagi melakukan pemeriksaan serta mengawal kawasan kejadian.
Kawasan sekolah kini dipasang pita keselamatan bagi mengelak sebarang risiko susulan.
Hasil pemeriksaan awal menemukan beberapa objek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan bahan letupan, namun pihak berkuasa menegaskan bahawa jenis dan sumber sebenar letupan masih dalam siasatan lanjut.
Polis juga sedang meneliti kemungkinan insiden itu mempunyai unsur jenayah, namun menegaskan belum ada kesimpulan dibuat sehingga hasil forensik dan siasatan lengkap diperoleh. - Agensi
Ringkasan AI
- Suasana panik berlaku di Sekolah Menengah Atas Negeri 72 Jakarta selepas letupan di kawasan masjid sekolah
- Insiden berlaku pada jam 12.15 tengah hari ketika pelajar dan kakitangan berada di pekarangan sekolah
- Beberapa pelajar mengalami kecederaan ringan hingga sederhana dan telah dihantar ke hospital berhampiran
- Pasukan pemusnah bom dan anggota polis bergegas ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan
- Kawasan sekolah dipasang pita keselamatan dan pihak berkuasa sedang menyiasat sumber letupan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

