MetMalaysia keluar nasihat ribut Lekukan Tropika

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Jumaat mengeluarkan nasihat berkaitan ribut Lekukan Tropika (KALMAEGI) yang dikesan pada 8 pagi ini di latitut 14.0 utara dan longitud 105.0 timur kira-kira 121 kilometer (km) ke arah barat laut Stung Treng, Kemboja.
Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, ribut itu bergerak ke arah barat dengan kelajuan 35 kilometer sejam (km/j) serta kelajuan angin maksimum 62 km/j.
Jarak KALMAEGI dari bandar terdekat adalah kira-kira 920 km ke timur laut Tumpat, Kelantan.
Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan. - Bernama
Ringkasan AI
- MetMalaysia mengeluarkan nasihat berkaitan ribut Lekukan Tropika KALMAEGI
- Ribut dikesan di latitut 14.0 utara dan longitud 105.0 timur
- Bergerak ke arah barat dengan kelajuan 35 km/j
- Kelajuan angin maksimum mencapai 62 km/j
- Boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
