Presiden Trump puji kecekapan pasukan keselamatan Malaysia - Anwar

Anwar (kanan) ketika menyambut ketibaan Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur baru-baru ini. - Foto: PMO
Anwar (kanan) ketika menyambut ketibaan Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur baru-baru ini. - Foto: PMO
A
A
A

CYBERJAYA - Kejayaan Malaysia menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 bulan lepas, khususnya daripada aspek keselamatan dan pengurusan, telah mendapat pengiktirafan daripada pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, Presiden AS itu turut menyatakan hasrat beliau untuk bertemu sendiri dengan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail bagi menyampaikan penghargaannya secara peribadi.

Beliau berkata, Trump menzahirkan penghargaan tersebut semasa lawatan rasmi beliau ke Malaysia bagi menghadiri sidang kemuncak berkenaan.

"Saya (masih) ingat, Presiden Trump minta kebenaran hendak berjumpa Ketua Polis Negara untuk menyatakan penghargaan kerana tahap pasukan keselamatan kita yang sangat membanggakan,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Malaysia Semiconductor IC Design Park 2 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kejayaan Malaysia menguruskan lawatan pemimpin dunia jelas menarik perhatian antarabangsa.

"Tadi, saya ada mesyuarat di pejabat dengan satu daripada kumpulan pelaburan terbesar dunia dari New York... mereka sudah mempunyai beberapa pelaburan awal di sini namun kini mereka merasakan dengan perhatian global dan kejayaan pelbagai pasukan kita, mereka benar-benar kagum bukan sahaja dengan infrastruktur kita tetapi juga dengan keupayaan kita,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kejayaan Malaysia menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 mendapat pengiktirafan daripada pemimpin dunia termasuk Presiden AS Donald Trump
  • Presiden Donald Trump menyatakan hasrat untuk bertemu Ketua Polis Negara Malaysia secara peribadi untuk menyampaikan penghargaan
  • Trump menzahirkan penghargaan semasa lawatan rasmi beliau ke Malaysia untuk menghadiri sidang kemuncak tersebut
  • Anwar Ibrahim menyatakan kejayaan Malaysia dalam mengurus lawatan pemimpin dunia menarik perhatian antarabangsa
  • Pelabur dari New York kagum dengan infrastruktur dan keupayaan Malaysia berdasarkan perhatian global dan kejayaan pelbagai pasukan di negara itu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!