Polis kesan pelajar tahfiz hilang dari madrasah

 Seorang pelajar tahfiz lelaki berusia 13 tahun dilaporkan hilang dari Madrasah Tahfiz Al-Quran Zawiyah Darul Madad di Kampung Sagil di sini sejak Selasa lepas.
Seorang pelajar tahfiz lelaki berusia 13 tahun dilaporkan hilang dari Madrasah Tahfiz Al-Quran Zawiyah Darul Madad di Kampung Sagil di sini sejak Selasa lepas.
A
A
A

TANGKAK - Seorang pelajar tahfiz lelaki berusia 13 tahun dilaporkan hilang dari Madrasah Tahfiz Al-Quran Zawiyah Darul Madad di Kampung Sagil di sini sejak Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Tangkak Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, Muhammad Aisy Thaqif Mohd Khalid, kali terakhir dilihat berada di pekarangan madrasah memakai jersi berwarna biru gelap dan seluar tiga suku berwarna hitam dengan garisan putih di sisi.

"Pelajar itu mempunyai ketinggian kira-kira 157 sentimeter, berbadan kurus dan berambut pendek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pelajar berkenaan diminta tampil ke balai polis terdekat atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nurul Amira Ibrahim di talian 011-6156 5593. - Bernama

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Seorang pelajar tahfiz lelaki berusia 13 tahun hilang dari Madrasah Tahfiz Al-Quran Zawiyah Darul Madad di Kampung Sagil Tangkak sejak Selasa lepas
  • Kali terakhir dilihat memakai jersi berwarna biru gelap dan seluar tiga suku hitam dengan garisan putih
  • Berpelukis kurus, tinggi kira-kira 157 sentimeter, dan berambut pendek
  • Orang ramai diminta tampil dengan maklumat mengenai pelajar hilang ke balai polis terdekat atau hubungi Nurul Amira Ibrahim
  • Nurul Amira Ibrahim boleh dihubungi di talian 011-6156 5593

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!