Murid lelaki 11 tahun disyaki hilang dari sekolah ditemukan selamat

Seorang murid lelaki berusia 11 tahun disyaki hilang dari sekolahnya di Sintok pada Selasa ditemukan dalam keadaan selamat. Gambar hiasan
Seorang murid lelaki berusia 11 tahun disyaki hilang dari sekolahnya di Sintok pada Selasa ditemukan dalam keadaan selamat. Gambar hiasan
A
A
A

ALOR SETAR - [DIKEMAS KINI] Seorang murid lelaki berusia 11 tahun disyaki hilang dari sekolahnya di Sintok pada Selasa ditemukan dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, murid Darjah Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Sintok itu ditemukan di kawasan pinggir ladang kelapa sawit kira-kira 2.5 kilometer dari sekolah berkenaan.

"Guru Besar sekolah itu menerima maklumat daripada penduduk perumahan di sekitar kawasan berkenaan, yang memaklumkan melihat murid itu berada di pinggir ladang kelapa sawit.

"Guru Besar bersama pengawal keselamatan pergi menjemput murid itu pada 7.45 malam dan membawanya pulang ke sekolah,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa.

Beliau berkata, semasa ditemukan oleh Guru Besar, murid itu berada dalam keadaan terpinga-pinga dan tidak sedar dengan apa yang telah berlaku sebelum diberikan rawatan Islam terlebih dahulu.

"Murid itu ditemukan dalam keadaan berselut dan tidak berkasut tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan. Dia dibawa ke Balai Polis Bukit Kayu Hitam, bagaimanapun buat masa ini masih belum dapat memberikan sebarang keterangan mengenai apa yang berlaku,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang murid lelaki berusia 11 tahun disyaki hilang dari sekolahnya di Sintok ditemukan dalam keadaan selamat
  • Ditemukan di kawasan pinggir ladang kelapa sawit kira-kira 2.5 kilometer dari sekolahnya
  • Guru Besar dan pengawal keselamatan pergi menjemput murid tersebut setelah mendapat maklumat dari penduduk setempat
  • Murid itu ditemukan dalam keadaan terpinga-pinga tanpa kesedaran sepenuhnya tentang apa yang telah berlaku
  • Murid tersebut ditemukan berselut dan tidak berkasut tetapi tidak mengalami kecederaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!