Diaz tiada niat cederakan Hakimi

PENGENDALI Bayern Munich, Vincent Kompany menjelaskan Luis Diaz tidak berniat mencederakan Achraf Hakimi ketika kemenangan 2-1 ke atas Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) di Paris, awal pagi Rabu.
Dalam perlawanan itu, Diaz meledak dua gol pada babak pertama sebelum PSG merapatkan kedudukan menerusi Joao Neves.
Bayern kemudian beraksi dengan 10 pemain selepas insiden perebutan bola yang menyebabkan Hakimi terjatuh, buku lalinya terlipat dan pemain Maghribi itu terpaksa diusung keluar dalam keadaan menangis.
“Apa yang penting adalah Hakimi pulih dengan baik. Intensiti perlawanan ini terlalu tinggi dan insiden itu boleh berlaku. Dia (Diaz) tidak berniat mencederakan,” kata Kompany.
Pengendali PSG, Luis Enrique pula memaklumkan mereka perlu menunggu keputusan pemeriksaan lanjut.
“Kita tunggu hasil imbasan esok bagi mengetahui tahap sebenar kecederaan dua pemain kami,” ujar Enrique, merujuk Ousmane Dembele yang turut dikeluarkan awal akibat kecederaan.
PSG kekal sembilan mata selepas empat perlawanan, manakala Bayern terus unggul dengan 12 mata maksimum.
Ringkasan AI
- Vincent Kompany menyatakan Luis Diaz tidak sengaja mencederakan Achraf Hakimi dalam pertandingan Liga Juara-Juara antara Bayern Munich dan PSG
- Diaz mencetak dua gol pada babak pertama sebelum PSG memperkecil kedudukan melalui Joao Neves
- Bayern bermain dengan 10 pemain selepas insiden yang menyebabkan Hakimi cedera dan terpaksa diusung keluar
- Kompany menekankan yang penting adalah pemulihan Hakimi dan insiden itu adalah sebahagian dari intensiti perlawanan
- PSG akan menunggu hasil pemeriksaan untuk mengetahui tahap kecederaan Hakimi dan Ousmane Dembele
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

