Kerajaan, PDRM diperintah bayar lebih RM3 juta kepada isteri Amri Che Mat

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan kerajaan dan PDRM membayar lebih RM3 juta kepada isteri Amri Che Mat.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan kerajaan dan PDRM membayar lebih RM3 juta kepada isteri Amri Che Mat.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan Kerajaan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membayar ganti rugi melebihi RM3 juta kepada isteri Amri Che Mat berhubung kehilangan aktivis itu sembilan tahun lalu.

Perintah tersebut meliputi ganti rugi am dan teruk berjumlah RM2 juta, ganti rugi teladan RM1 juta serta ganti rugi khas RM14,457.52 kepada Noorhayati Mohd Ariffin.

Selain itu, defendan turut diarahkan membayar kos sebanyak RM250,000.

Hakim Datuk Su Tiang Joo memutuskan demikian selepas mendapati kerajaan dan pihak polis bertanggungjawab terhadap kehilangan Amri.

Beliau turut memerintahkan pihak polis membuka semula siasatan berhubung kehilangan tersebut dan melaporkan perkembangan kes kepada Peguam Negara setiap dua bulan.

Ketika membacakan penghakiman selama hampir dua jam, hakim berkata, pihak berkuasa selaku defendan didapati gagal menunjukkan usaha sewajarnya dalam memaklumkan keluarga Amri mengenai perkembangan siasatan.

“Pihak berkuasa juga telah melanggar hak Noorhayati kerana gagal menjalankan siasatan yang sewajarnya terhadap kehilangan Amri.

“Ia sepatutnya diklasifikasikan sebagai kes penculikan dan bukannya orang hilang,” katanya.

Pada 18 November 2019, Noorhayati selaku plaintif memfailkan saman terhadap 21 pihak, namun pada tarikh ini, senarai defendan dikurangkan kepada enam, termasuk kerajaan dan pihak polis.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, Amri Che Mat dilaporkan hilang pada 24 November 2016 di Kangar, Perlis.

Ringkasan AI

  • Mahkamah Tinggi memerintahkan Kerajaan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia membayar ganti rugi melebihi RM3 juta kepada isteri Amri Che Mat
  • Ganti rugi tersebut termasuk RM2 juta ganti rugi am dan teruk, RM1 juta ganti rugi teladan dan RM14,457.52 ganti rugi khas
  • Defendan juga diarahkan membayar kos sebanyak RM250,000
  • Kerajaan dan pihak polis bertanggungjawab terhadap kehilangan Amri Che Mat
  • Pihak polis diarahkan membuka semula siasatan berhubung kehilangan Amri dan melaporkan perkembangan kepada Peguam Negara setiap dua bulan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!