4,443 calon duduki STAM bermula 12 November

Peperiksaan akan dijalankan di 135 pusat peperiksaan dengan 852 petugas dilantik.
Peperiksaan akan dijalankan di 135 pusat peperiksaan dengan 852 petugas dilantik.
A
A
A

PUTRAJAYA - Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2025 akan berlangsung dari 12 hingga 24 November ini melibatkan seramai 4,443 calon di seluruh negara, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

Dalam kenyataan pada Rabu, KPM memaklumkan peperiksaan berkenaan akan dijalankan di 135 pusat peperiksaan dengan seramai 852 petugas dilantik bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar.

KPM menasihatkan semua calon supaya merujuk jadual waktu peperiksaan STAM 2025 bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod serta nama kertas peperiksaan, selain mematuhi semua arahan yang ditetapkan.

Jadual waktu peperiksaan STAM 2025 boleh dimuat turun melalui portal rasmi Lembaga Peperiksaan (LP) di pautan lp.moe.gov.my.

KPM turut mengingatkan calon supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan serta mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan bagi memastikan kelancaran peperiksaan.

Menurut KPM, pihaknya sentiasa cakna terhadap keselamatan dan kebajikan calon serta petugas peperiksaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuk bencana dan penularan penyakit berjangkit Influenza-Like Illness (ILI) sepanjang peperiksaan STAM 2025 berlangsung.

Kementerian itu memaklumkan langkah kesiapsiagaan dan mekanisme tindakan sewajarnya telah disediakan termasuk kerjasama dengan agensi berkaitan bagi memastikan peperiksaan dapat berjalan dengan lancar dan teratur.

KPM menasihatkan calon yang terkesan akibat bencana supaya segera memaklumkan kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing, atau menghubungi bilik gerakan LP atau JPN. - Bernama

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • STAM 2025 akan diadakan dari 12 hingga 24 November melibatkan 4,443 calon
  • Peperiksaan akan dijalankan di 135 pusat peperiksaan dengan 852 petugas dilantik
  • Calon disarankan merujuk jadual waktu peperiksaan STAM 2025 untuk maklumat tarikh, masa, kod dan nama kertas peperiksaan
  • Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun melalui portal rasmi Lembaga Peperiksaan
  • KPM mengingatkan calon membawa dokumen pengenalan diri dan mematuhi prosedur operasi standard semasa peperiksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!