Vivo X300 cetus fenomena, dinobat telefon konsert terbaik 2025

SIRI telefon pintar baharu vivo X300 mencuri perhatian apabila tempahan awal tanpa pendedahan penuh (blind pre-order) meningkat 13 kali ganda berbanding model sebelumnya biarpun belum dilancarkan secara rasmi.
Vivo Malaysia dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, sambutan luar biasa terhadap siri flagship terbaharu yang terdiri daripada model vivo X300 dan vivo X300 Pro itu membuktikan keyakinan pengguna terhadap jenama berkenaan.
“Peningkatan mendadak dalam tempahan awal menunjukkan penerimaan pasaran yang amat positif terhadap inovasi yang kami bawa melalui siri X300.
“Siri ini dibangunkan khas untuk peminat muzik dan fotografi yang mahu merakam setiap detik konsert dengan kualiti tertinggi walaupun dalam keadaan pencahayaan mencabar,” tambah kenyataan itu.
Menurut kenyataan sama, siri vivo X300 diiktiraf sebagai ‘telefon konsert terbaik 2025’ kerana keupayaannya merakam imej dan video dengan warna lebih terang, jelas dan stabil termasuk dalam suasana cahaya rendah.
“Model vivo X300 Pro dilengkapi Kamera Telefoto ZEISS APO 200MP dan Kamera Utama ZEISS Gimbal-Grade 50MP dengan penstabilan imej bertaraf CIPA 5.5, menjadikannya antara sistem kamera paling stabil di pasaran.
“Dengan sokongan cip pengimejan terbaharu iaitu vivo Pro Imaging Chip VS1, pengguna dapat menikmati tangkapan gambar dan video yang lebih pantas serta tajam,” jelas kenyataan itu.
Selain itu, model ini turut menyokong rakaman 4K 120fps Dolby Vision dan 10-bit Log Video bagi menghasilkan video berkualiti sinematik dengan julat dinamik yang luas.
“Model berkenaan turut menampilkan fungsi kreatif seperti 20x Long-Range Motion Snapshot, Telephoto Flower and Bird Shots serta sokongan ZEISS 2.35x Telephoto Extender Kit bagi menghasilkan gambar lebih tajam dengan latar belakang kabur semula jadi.
“Vivo X300 pula dilengkapi Kamera Utama ZEISS 200MP dan Kamera Telefoto ZEISS APO dengan penstabilan CIPA 4.5 yang mampu merakam imej stabil dan berkualiti tinggi walaupun dari jarak jauh,” jelas kenyataan itu.
Menurut Vivo, kedua-dua model siri X300 turut dilengkapi kamera hadapan sudut lebar ZEISS 50MP dengan autofokus dan algoritma potret beresolusi tinggi untuk menghasilkan swafoto semula jadi.
“Antara fungsi lain termasuk Stage Mode 2.0, Dual-View Stage Video, AI One-Shot Multi-Crop dan AI Landscape Master yang membolehkan pengguna merakam gambar serta video profesional dalam pelbagai situasi.
“Selain prestasi kamera, siri vivo X300 turut direka dengan Unibody 3D Glass yang menyatukan modul kamera sepenuhnya manakala bahagian belakangnya menggunakan coral velvet glass yang tahan cap jari, lembut disentuh dan selesa digenggam,” katanya.
Tambah kenyataan itu, model vivo X300 hadir dengan skrin rata 6.31 inci, berat 190 gram dan ketebalan 7.95 milimeter manakala vivo X300 Pro menampilkan skrin rata 6.78 inci dengan profil 7.99 milimeter untuk tampilan lebih premium.
“Vivo X300 tersedia dalam warna Phantom Black, Mist Blue dan Halo Pink. Vivo X300 Pro pula ditawarkan dalam Phantom Black, Mist Blue serta Dune Brown.
“Reka bentuk dan warna ini mencerminkan gaya moden serta elegan yang menjadi identiti siri X300, menjadikannya bukan sekadar telefon tetapi simbol gaya hidup masa kini,” katanya.
Pelancaran rasmi siri vivo X300 dijadual berlangsung dalam masa terdekat dan dijangka terus mencatat permintaan tinggi menjelang akhir tahun ini.
Ringkasan AI
- SIRI telefon pintar baru vivo X300 mencuri perhatian dengan tempahan awal meningkat 13 kali ganda
- Vivo X300 dan vivo X300 Pro dibangunkan khas untuk peminat muzik dan fotografi
- Seri diiktiraf sebagai 'telefon konsert terbaik 2025' dengan kualiti rakaman imej dan video yang tinggi
- Model vivo X300 Pro dilengkapi dengan Kamera Telefoto ZEISS APO 200MP dan penstabilan imej bertaraf CIPA 5.5
- Vivo X300 menawarkan Kamera Utama ZEISS 200MP dan fungsi kreatif untuk pengambilan gambar serta video profesional
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
