Pesakit malaria maut selepas ambulans berhenti nampak harimau bintang

Seorang pesakit malaria maut di India selepas ambulans yang membawanya berhenti di tengah jalan kerana pemandu mendakwa ternampak harimau bintang - Gambar hiasan
Seorang pesakit malaria maut di India selepas ambulans yang membawanya berhenti di tengah jalan kerana pemandu mendakwa ternampak harimau bintang - Gambar hiasan
A
A
A

BHOPAL – Seorang pesakit malaria berusia 20 tahun di India meninggal dunia selepas ambulans yang membawanya ke hospital berhenti di pertengahan jalan apabila pemandunya mendakwa ternampak seekor harimau bintang.

Menurut laporan Times of India (TOI), kejadian berlaku pada Isnin, 27 Oktober lalu di Balaghat, Madhya Pradesh.

Pesakit wanita itu difahamkan sedang dipindahkan dari Pusat Kesihatan Komuniti Birsa ke Hospital Daerah Balaghat selepas keadaannya semakin serius.

Ketika melalui kawasan berhutan pada waktu malam, pemandu ambulans dikatakan berhenti selepas mendakwa ternampak harimau bintang di jalan.

Keluarga pesakit merayu agar perjalanan diteruskan, namun pemandu dan petugas perubatan enggan bergerak serta menuntut bayaran 700 rupee (kira-kira RM40) sedangkan perkhidmatan itu sepatutnya percuma.

Selepas rundingan, keluarga terpaksa membayar 600 rupee (sekitar RM35) sebelum ambulans kembali meneruskan perjalanan.

Perjalanan yang biasanya mengambil masa sejam menjadi hampir dua jam dan setibanya di hospital, keadaan pesakit semakin kritikal sebelum dia disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Keluarga mendakwa kelewatan itu berpunca daripada kecuaian pemandu dan petugas perubatan.

Ketua Pegawai Perubatan dan Kesihatan (CMHO) Daerah Balaghat, Dr Paresh Uplap telah membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Menurut TOI, polis menahan pemandu ambulans dan petugas perubatan terbabit bagi membantu siasatan atas dakwaan cuai ketika bertugas.

Ringkasan AI

  • Seorang pesakit malaria berusia 20 tahun di India meninggal dunia selepas ambulans berhenti kerana pemandu mendakwa ternampak harimau bintang
  • Kejadian berlaku di Balaghat, Madhya Pradesh ketika pesakit sedang dipindahkan ke hospital kerana keadaan serius
  • Pemandu ambulans dan petugas perubatan menuntut bayaran 700 rupee walaupun perkhidmatan sepatutnya percuma
  • Perjalanan ke hospital mengambil masa hampir dua jam, menyebabkan keadaan pesakit menjadi kritikal dan meninggal tidak lama setibanya
  • Ketua Pegawai Perubatan Daerah Balaghat, Dr Paresh Uplap, membuat laporan polis dan pemandu ambulans serta petugas perubatan ditahan untuk siasatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!