Sinar Daily bawakan bual bicara 'The Gender Equation' di KLGCC Mall Jumaat ini

Tiga panel akan berkongsi pengalaman serta pandangan melalui topik utama pada sesi bual bicara 'The Gender Equation: Leading Through Balance' di KLGCC Mall, Jumaat ini.
Tiga panel akan berkongsi pengalaman serta pandangan melalui topik utama pada sesi bual bicara 'The Gender Equation: Leading Through Balance' di KLGCC Mall, Jumaat ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Sinar Daily bakal menganjurkan sesi bual bicara secara langsung bertajuk 'The Gender Equation: Leading Through Balance' di pusat beli-belah Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) Mall, Jumaat ini.

Program yang dianjurkan dengan kerjasama Sime Darby, Girls 4 Girls Malaysia dan KLGCC Mall itu diadakan bersempena pelancaran awal pusat beli-belah mewah baharu di Kuala Lumpur yang mana ia menjanjikan perbualan yang merangsang pemikiran dengan perspektif lebih segar.

Saksikan sesi tersebut yang akan berlangsung di Main Atrium, Aras 1, pada jam 8 malam dan sertai sebahagian daripada dialog yang mentakrifkan semula maksud sebenar kepimpinan yang seimbang.

Edisi khas Sinar Daily Talk itu akan menumpukan kepada bagaimana lelaki dan wanita boleh bekerjasama membentuk gaya kepimpinan yang lebih empati, sihat dari segi mental serta keseimbangannya dalam dunia moden masa kini.

Selaras dengan kempen Movember yang memberi tumpuan terhadap kesedaran kesihatan lelaki sedunia, program itu turut membuka ruang perbincangan sebenar berkaitan keseimbangan emosi, pemahaman dan kerjasama antara gender sama ada di tempat kerja mahupun dalam kehidupan peribadi.

Sesi ini menampilkan panel yang dinamik iaitu pencipta kandungan, usahawan dan pengasas sajian tradisional Scotland jenama Goldies, Alana Dunsmore; Pengarah jenama penjagaan kulit Cuura, Sarah Shah Nor serta doktor gigi merangkap Pengarah Urusan iCARE Dental dan Naib Presiden Persatuan Pergigian Estetik Malaysia, Dr Ibrahim Shahruddin.

Mereka akan berkongsi pengalaman serta pandangan melalui tiga topik utama iaitu 'The Mind Behind Leadership', 'Balance, Bias and Better Workplaces' dan 'Leading Forward – Together'.

Dikendalikan oleh Timbalan Ketua Negara Girls4Girls Malaysia, Fildzah Zulkifli, sesi itu menjanjikan pertukaran pandangan yang jujur ​​dan berinspirasi terhadap gaya pemimpin dengan empati, kesedaran dan keseimbangan kerana kepimpinan bukanlah soal gender.

Bagaimanapun, tempat duduk adalah terhad dan orang ramai yang berminat mengikuti program berkenaan boleh membuat RSVP di pautan: https://events.karangkraf.com/event/the-gender-equation-leading-through-balance/.

Artikel Berkaitan:

Untuk mendapatkan perkembangan terkini, sila layari laman web Sinar Daily di www.sinardaily.my dan platform sosial media di @sinardailymy.

 

Ringkasan AI

  • Sinar Daily akan menganjurkan sesi bual bicara 'The Gender Equation: Leading Through Balance' di KLGCC Mall
  • Sesi tersebut akan diadakan pada Jumaat ini di Main Atrium, Aras 1, jam 8 malam
  • Program ini merangkumi perbincangan tentang gaya kepimpinan empati dan seimbang antara lelaki dan wanita
  • Termasuk dalam agenda adalah isu keseimbangan emosi, kerjasama gender, dan kesedaran kesihatan lelaki
  • Panel dibentuk oleh Alana Dunsmore, Sarah Shah Nor, dan Dr Ibrahim Shahruddin yang akan berkongsi pengalaman dan pandangan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!