Amaran hujan berterusan tahap buruk di Labuan, Sabah hingga esok

KOTA KINABALU - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Labuan dan beberapa kawasan di Sabah berkuat kuasa hingga esok.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang terlibat di Sabah ialah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).
"Amaran hujan berterusan tahap waspada juga dikeluarkan berkuat kuasa hingga esok melibatkan dua kawasan di pedalaman Sabah, iaitu di Sipitang dan Kudat.
"Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang rasmi jabatan, aplikasi mudah alih myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan," menurut kenyataan itu.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638. - Bernama
Ringkasan AI
- MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Labuan dan beberapa kawasan di Sabah
- Kawasan yang terlibat di Sabah termasuk Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud)
- Amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan di Sipitang dan Kudat, Sabah
- Maklumat cuaca terkini boleh diperolehi melalui laman sesawang rasmi jabatan, aplikasi myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan
- Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 disediakan untuk sebarang pertanyaan lanjut
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
