Amaran hujan berterusan tahap waspada mulai esok

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Labuan dan beberapa kawasan di Sabah berkuat kuasa esok hingga 5 November.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang terlibat di Sabah ialah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) serta Kudat.
"Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang rasmi jabatan, aplikasi mudah alih myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan. Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” menurut kenyataan itu.
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dikeluarkan yang dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor serta Sabah dan Sarawak hingga 7 malam ini.
Menurut MetMalaysia, situasi berkenaan dijangka melanda kawasan Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah di Kelantan; Dungun dan Kemaman di Terengganu serta Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.
Selain itu, kawasan dijangka terjejas di Negeri Sembilan ialah Kuala Pilah, Jempol dan Tampin manakala di Melaka melibatkan Jasin serta Tangkak; Segamat, Muar dan Mersing di Johor.
Di Sarawak pula melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Limbang serta Pedalaman (Sipitang) di Sabah. - Bernama
Ringkasan AI
- MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan di Labuan dan beberapa kawasan di Sabah
- Kawasan yang terlibat di Sabah termasuk Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat
- Informasi cuaca terkini boleh didapati melalui laman sesawang rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial MetMalaysia
- Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan untuk beberapa negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak
- Situasi cuaca buruk turut melanda kawasan di Sarawak dan beberapa lokasi tertentu di negeri-negeri lain yang disebutkan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
